Ticker

6/recent/ticker-posts

Elisya Sandha Akui Anak Sheila Rusly Ialah Cinta Pertamanya

 


Sikap tunang, Uzair Haqimy, 25, yang suka mengutamakan keluarga menjadi petunjuk buat pelakon, Elisya Sandha, 21, memilih jejaka itu sebagai teman hidup.


Pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu menganggap Uzair sebagai jejaka bertanggungjawab.


"Paling utama yang membuatkan saya tertarik kepada Uzair adalah sikapnya menjaga dan menyayangi keluarganya.


"Itu antara ciri yang saya lihat menjadi jaminan dia boleh menjaga saya dengan baik... Insya-Allah. Dia juga rajin bekerja dan menghormati orang tua," katanya kepada BH Online.


Ahad lalu, Elisya dan Uzair bertunang pada majlis sederhana dihadiri 15 tetamu di kediaman kakak Elisya yang juga aktres popular, Fasha Sandha di Ampang.



Uzair yang juga anak kepada pelakon dan penerbit, Sheila Rusly mengenali Elisya sejak di bangku sekolah.





"Kami berkenalan melalui Instagram pada 2016. Mula mengenalinya, saya tidak tahu dia anak pelakon dan penerbit disegani.


"Ketika itu, saya belum aktif berlakon. Hanya selepas sebulan berkenalan baru saya tahu siapa ibunya," katanya.


Elisya bagaimana belum sedia berkongsi tempoh pertunangan mereka.


"Buat masa sekarang, saya simpan dahulu soal itu. Namun, doa yang baik-baik. Apabila tiba masanya, perkara itu pasti dikongsi," katanya.



Ditanya kesediaannya melangkah ke alam rumah tangga dan bergelar isteri, Elisya mengaku menanti detik itu.


"Insya-Allah saya sudah sedia ke arah itu. Bagai ada hikmah tersendiri, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya ambil kesempatan belajar memasak dengan pelbagai menu," katanya.


Sumber : berita harian

Post a Comment

0 Comments