Ticker

6/recent/ticker-posts

Makan Semeja Ramai-Ramai, Pasangan Selebriti Shuib Dan Siti Sarah Dikompaun Tak Patuhi SOP

 


Pasangan selebriti, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Mohamad dan isterinya, Siti Sarah Raissuddin masing-masing dikenakan RM1,000 seorang selepas didapati meIanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah premis restoran pada Jumaat

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, pasangan yang juga usahawan itu dikenakan kompaun kerana didapati duduk di sebuah meja melebihi dua orang serta tiada penjar4kan fizikal di premis terbabit.


Menurutnya, dua lagi pelanggan yang turut duduk semeja bersama pasangan itu turut dikenakan kompaun.



"Turut dikenakan tindakan ketika rondaan pasukan Task Force Op Covid-19 Balai Polis Kuala Lipis kira-kira jam 9 malam itu ialah pemilik restoran terbabit.


"Kompaun dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyaklt Berjangklt 1988," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.


Sebelum itu, seorang individu memuat naik gambarnya bersama pasangan selebriti menjamu selera di dalam premis terbabit tersebut di Facebook miliknya.



Kerajaan menetapkan bermula 10 Februari hanya dua individu semeja ketika menjamu selera di kedai makan dan restoran.

Sumber : sinar harian

Post a Comment

0 Comments