Ticker

6/recent/ticker-posts

Namakan anak tapir dan anda berpeluang dapat RM10,000

 


RM10,000. Itu wang tunai menanti pemenang yang berjaya menamakan anak tapir betina dilahirkan di 99 Wonderland Park Wildlife In The City, di sini, pada 6 Februari lalu.


Pemiliknya, Datuk Seri Jeff B.K Lee berkata, pertandingan Namakan Baby Tapir Kami itu dianjurkan bagi menarik minat rakyat Malaysia bersama meraikan kelahiran tapir atau Tenuk Malaysia (Tapirus indicus).


"Pemenang peraduan akan diumumkan pada 27 April 2021 sempena perayaan Hari Tapir Sedunia. Bagi mereka yang berminat boleh kunjungi Facebook atau laman web https://linktr.ee/99wonderlandpark untuk maklumat lanjut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Mengulas mengenai kelahiran tapir betina itu, Jeff berkata, pihaknya mendapat kebenaran daripada Ketua Pengarah, Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim untuk meminjam dan mempamerkan kepada pengunjung sepasang Tapir Malaysia, iaitu Mr Junior dan Puan Peradong, Januari tahun lalu.


"Selepas lebih setahun dipelihara dan dipamerkan di sini, Puan Peradong meI4hirkan anaknya yang seperti semua tahu ia masih belum dinamakan.


"Kami serahkan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menamakannya. Nama yang dipilih nanti akan diumumkan dan pemenang akan diberikan ganjaran wang tunai RM10,000 yang dijanjikan," katanya.




Katanya, 99 Wonderland Park Wildlife In The City yang terletak di Jalan Ipoh Batu 12, di sini, masih belum dibuka untuk kunjungan ramai disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuasakan bagi membendung penularan Covid-19.


"Kami akan maklumkan pembukaannya kepada umum selepas mendapat kebenaran," katanya.

 

Untuk rekod, spesis tapir atau Tenuk Malaysia (Tapirus indicus) ini adalah spesis tapir terbesar di dunia.


Musim meng4wan tapir berlaku pada bulan April hingga Jun.


Tempoh kehamilan Tapir Malaysia ialah kira-kira 390 hingga 403 hari yang mana anak pertamanya mempunyai berat sekitar 6.8 kilogram.


Kebiasaannya tapir betina akan melahirkan anaknya dengan purata dua tahun sekali.


Ketika muda, tapir ini tinggal bersama ibunya selama 6 hingga 8 bulan.

Post a Comment

0 Comments