Pada 18 Februari KWSP telah membuat kenyataan rasmi tentang kemudahan kelulusan tanpa syarat i-Sinar.
Kumpulan Wang Simpnan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa pencarum yang berumur bawah dari 55 tahun akan diberikan kelulusan automatik bermula pada
8 Mac 2021
Jumlah Pengeluaran Kelulusan Tanpa Syarat
Walaupun kelulusan tanpa syarat telah diberikan tetapi jumlah pengeluaran adalah mengikut jumlah simpanan seperti :
1) Simpanan Akaun 1 RM 100,000 dan ke bawah
Dapat mengeluarkan jumlah pengeluaran sehingga RM 10,000
Pembayaran dibuat secara berperingkat maksimum sehingga 6 bulan
Bayaran bulan pertama maksimum RM 5,000.
2) Simpanan Akaun 1 RM 100,000 dan ke atas
Jumlah pengeluaran maksimum sehingga RM 60,000
Pembayaran juga dibuat secara berperingkat maksimum 6 bulan
Bayaran bulan pertama maksimum RM 6,000
Contoh Situasi Atau Pertanyaan Yang Mungkin Anda Belum Tahu
Situasi A :
Ahli telah membuat permohonan sebelum 8 Mac dan
Telah menerima interim RM 1,000
Permohonan sedang diproses
Jawapan :
Permohonan akan diberikan kelulusan dan status bayaran boleh disemak pada 8 Mac 2021.
Situasi B :
Ahli telah membuat permohonan sebelum 8 Mac dan
Belum menerima interim RM 1,000
Status permohonan : Dokumen sokongan diperlukan
Jawapan :
Permohonan akan diberikan kelulusan dan status bayaran boleh disemak pada 8 Mac 2021.
Situasi C :
Belum membuat permohonan i-Sinar
Jawapan :
Permohonan boleh dibuat bermula 8 Mac dan akan diberikan kelulusan.
Situasi D :
Baki akaun 1 kurang atau/dan umur berumur 55 tahun ke atas
Jawapan :
Tidak layak memohon i-Sinar.
0 Comments