Ticker

6/recent/ticker-posts

Umur dah nak cecah 30 tahun belum kahwin lagi, makcik ramai-ramai doakan gadis ini jumpa jodoh

 



Pertanyaan ‘bila mahu kahwin’ sudah pasti menjadi soalan cepu emas bagi orang bujang lebih-lebih lagi setiap saudara mara berkumpul.


Kadang-kadang, ia boleh mendatangkan sakit kepala apabila terpaksa melayan soalan sensitif tersebut walaupun individu yang bertanya berniat baik.

 

Bagaimanapun, berbeza pula dengan apa yang terjadi pada keluarga seorang usahawan berusia 29 tahun, Nur Iylia Malek.


Oleh kerana Iylia masih belum mendirikan rumah tangga, ibu saudaranya membacakan doa agar dia dipertemukan jodoh dengan lelaki soleh secepat mungkin.


Menerusi sebuah rakaman video dikongsi menerusi aplikasi TikTok, kelihatan seorang ibu saudaranya sedang menadah tangan sambil diaminkan oleh saudara-maranya yang lain.



Sementara itu, rata-rata menyifatkan Iylia cukup bertuah kerana dikelilingi sauara mara yang ‘sporting’ dan tidak bertanyakan soalan sensitif bertalu-talu terhadap dirinya.


Selain berharap agar doa makciknya itu dimakbulkan, ada juga netizen yang menawarkan diri untuk ‘masuk meminang’ Iylia. Amboi sempat lagi ya!



Alhamdulillah, macam itulah baru bagus. Doakan yang baik-baik… Bukannya asyik bertanya ‘bila nak kahwin’ berulang kali, lagipun jodoh kan rahsia Tuhan.

Sumber : wowberita

Post a Comment

0 Comments