Bermain permainan video kini bukan lagi sekadar hobi buat muda mudi di seluruh dunia. Industri ini berkembang menjadi salah satu sukan yang mendapat perhatian ramai sehingga terdapatnya pertandingan serta banyak pasukan profesional wujud saban tahun.
Mereka bukan sahaja menjana pendapatan yang lumayan ketika memasuki pertandingan, malahan mampu menambah pendapatan dengan live streaming di media sosial. Dengan teknik permainan yang cekap serta petah membuat ulasan sepanjang bermain, game streamer ini mampu menarik ramai peminat yang tersendiri dan juga dikenali ramai.
Kalau anda nak tahu, ada juga game streamer yang mampu memiliki kereta mewah hanya dengan bermain game sahaja.
Bila dikenali ramai, sudah pasti saja setiap tindakan dan perbuatan yang dilakukan mereka akan diikuti oleh para peminat dan netizen-netizen di negara kita.
Baru-baru ini, industri game streaming dikejutkan dengan kehebatan seorang streamer, Abah Boss yang mampu menjana views lebih daripada 30,000 tontonan untuk satu video sahaja. Ini merupakan satu rekod yang amat hebat kerana agak mustahil untuk mereka yang baru berkecimpung dalam bidang ini mampu meraih tontonan yang sebegitu ramai untuk satu video.
Kepetahan Abah Boss berbicara mampu menarik minat ramai penonton untuk melayan videonya. Walau bagaimanapun, dalam satu video streaming baru-baru ini, Abah Boss telah melakukan kontr0versi di mana beliau telah menyiarkan aksinya sedang bermain game judl online. Bahkan, kata-kata yang bersifat rasls telah dilontarkan sepanjang beliau membuat streaming.
Mungkin itu adalah karektar yang ingin dibawa oleh beliau ketika dihadapan kamera, iaitu sering m4rah-mar4h dan cacl makl. Dan terbukti dengan berkelakuan begini, beliau mampu meraih banyak tontonan.
Harus diingatkan bahawa apabila seseorang itu telah mempunyai ramai pengikut atau menjadi seorang influencer, segala gerak geri serta perbuatan yang dilakukan akan menjadi ikutan bagi sesetengah pengikutnya.
Video yang ditonton pula boleh jadi melangkau pelbagai lapisan umur, daripada budak-budak sekolah hinggalah golongan dewasa. Sekiranya kelakuan influencer itu menunjukkan sifat negatif, maka tidak mustahil pengikutnya akan berkelakuan sama.
Apa pun, Abah Boss telah membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Facebooknya. Diharap agar perkara seperti ini dapat dikawal pada masa hadapan. Benar, agak sukar untuk mengawal kata-kata dan perasaan ketika sedang membuat ulasan live secara spontan, mungkin beliau dapat memperbaikinya secara perlahan-lahan.
Sekiranya anda terlepas dan inginkan rumusan daripada kejadian ini, boleh tonton penerangan lanjut dalam video di bawah.
Sumber : ODlSl
0 Comments