Ticker

6/recent/ticker-posts

Lelaki ini tergamak reka cerita dikompaun RM10,000 untuk elak beri wang pada ibu

 


Wanita yang menda.kwa anak lelakinya telah dikenakan kompaun RM10,000 kerana meIanggar prosedur operasi standard (SOP) memohon maaf kepada aktivis Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang.


Chee Heng berkata, wanita tersebut memberitahu anaknya sengaja mereka dakw.aan itu sebagai alasan untuk tidak memberikan wang belanja kepadanya.


“Lelaki Cina tersebut di percayai ingin melepaskan diri dari tanggungjawab hantar duit pada mak lalu menceritakan pada mak dia beliau telah disaman RM10,000.


“Setelah mak dia menelifon melalui video call jam 11.30 malam dan mema.rahi saya sebagai aktivis tak lawan saman RM10,000.


 

“Emak lelaki telah menelifon saya untuk meminta maaf. Saya juga menyatakan saya juga tert.ipu atas fakta yang emak beri pada saya dan saya ingin memohon maaf atas kekhilafan Fakta yang menimbulkan kegusaran mana mana pihak,” kata Chee Heng.


Semalam Chee Heng membuat hantaran di Facebooknya bahawa wanita tersebut menan.gis dalam panggilan video selepas anaknya tidak dapat mengantar duit kepadanya kerana telah dis.aman sebanyak RM10,000.


Menurut wanita itu, anaknya yang bekerja sebagai tukang masak di Ipoh telah didenda ketika berehat di belakang restoran untuk menghisap r.0.kok.

 

Anak wanita itu memberitahu tidak dapat menghantar wang kepadanya kerana terpaksa berh.utang dengan restoran untuk membayar sam.an dan gajinya telah dip.otong.


“Kita akan bantu jumpa Kementerian Kesihatan untuk merekodkan rayuan kami.


 

“Mak kata dia akan ma.ti lagi baik kerana anak tak akan mampu bayar ubat ke.ncing manis dan ubat dar.ah tinggi beliau kerana duit gaji habis bayar kom.paun RM10,000 jika rayuan tak diterima,” kata Chee Heng dalam satu hantaran.


Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz menafikan dakw.aan itu.

 

Menurutnya, semakan mendapati tiada kompaun dikeluarkan oleh pasukan pemeriksa SOP PKPB Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Ipoh.


“Semakan lanjut dengan pemilik akaun Facebook Kuan Chee Heng mendapati pengadu gagal dihubungi menerusi nombor telefon yang diberikan bagi membuat pengesahan dak.waan yang ditularkan.


“Satu laporan polis telah dibuat oleh Ketua Polis Balai Kampung Rapat mengenai perkara yang tular tersebut bagi meny.iasat punca sebenar da.kwaan itu,” katanya.-SM

Post a Comment

0 Comments