Seperti yang kita sedia maklum, pandemlk C0VID-19 ini sudah bersama dengan kita setahun sejak dari bulan feb 2020 lagi kalau tak silap min. Bagi menghalang penularan pandemik ini kerajaan telah melaksanakan PKP untuk menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat.
Walaupun aktiviti di masjid seperti Solat Jumaat sudah dibenarkan, namun tetap perlu melakukan penjarakkan sosial dan jumlah jemaah terpaksa dihadkan mengikut keluasan masjid.
Kecewa tak dapat solat
Dalam satu perkongsian yang tular di aplikasi TikTok, pengguna media sosial yang memakai nama akaun hambaallah1989 telah memuat naik video seorang lelaki warga emas yang kecewa apabila tidak dibenarkan untuk solat Jumaat.
Dalam video berkenaan, dapat didengar dengan jelas warga emas tersebut meluahkan rasa kecewa apabila terpaksa balik dan tidak dapat menunaikan solat jumaat di masjid sambil memegang sejadah.
“Aku orang Islam, yang kau tak bagi sembahyang. Mu jawab dengan Allah.” Luahnya
Surau kecil tapi ada 4 apartment
Walaupun ada yang meninggalkan komen dengan mengkritik tindakan warga emas itu kerana tidak datang awal untuk mendapat peluang solat Jumaat, pengguna TikTok yang memuat naik video tersebut telah tampil mempertahankan pakcik tersebut.
Sedih pula dengar dia cakap jawab dengan Allah
Sehubungan dengan itu, ramai yang meninggalkan komen dengan memaklumi perasaan warga emas itu yang gagal untuk solat secara berjemaah.
Mereka juga akui sedih melihat situasi tersebut dan berharap agar ada peraturan untuk solat berjemaah bagi membolehkan semua pihak merasai nikmat beribadah semula.
Sumber: hambaallah1989 via hiburan.myrnws.com/
0 Comments