Usahawan berjaya dan juga personaliti televisyen, Neelofa siang tadi ada memberitahu bahawasanya peguam dia sudah menghubungi peniaga burger itu dan sudah menghubungi pihak poIis bertanya mengenai kompaun yang dikenakan terhadapnya itu, Neelofa juga menulis di insta storynya akan bantu selesaikan bayarannya dengan izin Allah,"
Menurut laporan dari harian metro, isteri kepada peniaga burger yang kena kompaun itu menjelaskan dia menghargai tawaran dari Neelofa yang mahu membantu selesaikan kompuan yang dikenakan kepada suaminya.
Menurutnya lagi, buat masa ini dia dan suami berbincang untuk menunggu jumlah kompaun sebenar yang dikenakan kepada mereka.
"Jika jumlah yang perlu dibayar terlalu banyak dan kami tidak mampu membayarnya, maka kami akan menerima tawaran itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Norlaili, isteri kepada peniaga burger, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, dikenakan kompaun RM50,000 atas kesalahan berniaga lebih masa di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, di sini, pada 11.10 malam kelmarin.
Katanya, peguam Noor Neelofa menghubunginya pada 5.30 petang tadi yang memaklumkan selebriti terkenal itu mahu membayar jumlah kompaun dikenakan kepada mereka.
"Peguam berkenaan meminta saya menghubunginya kembali jika saya bersetuju untuk menerima tawaran itu.
"Saya berterima kasih kepada Neelofa kerana sudi membantu kami, namun buat masa ini saya dan suami mahu menunggu keputusan rayuan kompaun," katanya.
Selain Noor Neelofa Mohd Noor, 32, Norlaili berkata, Pencetus Ummah (PU) Azman juga turut menghubunginya pada 5 petang tadi.
"PU Azman juga mahu menghulurkan bantuan untuk membayar jumlah kompaun yang dikenakan kepada kami.
"Saya terharu dengan tawaran itu kerana pada masa yang sama kami juga menerima panggilan daripada penyanyi rap, Caprice pada 10.30 malam tadi.
"Selain tiga selebriti ini, kami menerima lebih 100 panggilan daripada rakyat negara ini dan kesemuanya mahu membantu," katanya.
Menurutnya, dia tidak menyangka terlalu ramai yang prihatin untuk memberi bantuan dan simpati dengan nasib menimpa dia dan suami.
Media semalam melaporkan, seorang peniaga burger meluahkan rasa kecewa apabila dikenakan kompaun RM50,000 oleh poIis bagi kesaIahan berniaga melebihi had masa yang ditetapkan.
Wan Mohd Faisal yang menjalankan perniagaan itu di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, di sini, memaklumkan dia didatangi beberapa anggota poIis ketika sedang menyiapkan tempahan pelanggan 11.10 malam kelmarin.
0 Comments