Ticker

6/recent/ticker-posts

Neelofa Mahu Bantu Peniaga Burger Selesaikan Bayaran Kompaun RM50,000

 


Selepas berminggu slasatan dijalankan pihak berkuasa terhadap Neelofa,suami dan keluarganya kerana tidak mematuhi SOP PKPB, akhirnya Neelofa dan keluarga serta suaminya telah dikenakan kompaun berjumlah RM60,000.


Belum lagi reda dengan isu tersebut, kecoh pula di media sosial apabila personaliti dan usahawan berjaya itu telah memuat naik foto burger di Insta Story miliknya. Susulan perkongsiannya itu, netizen mendakwa Neelofa dikatakan tidak sensitif dengan isu menimpa peniaga burger yang dikenakan kompaun sebanyak RM50,000.


Bagaimanapun, menerusi satu lagi perkongsian Neelofa terkejut ramai yang salah anggap dan bersangka tidak baik.


Tampil menjelaskan perkara sebenar, Neelofa berkata sebelum memuat naik gambar tersebut peguamnya sudah menghubungi peniaga burger untuk membantu membayar kompaun yang telah dikenakan.


Semalam, tular seorang peniaga burger Wan Mohd. Faisal Wan Kadir, yang berkongsikan kisahnya dikompaun sebanyak RM50,000 ketika sedang berniaga di hadapan rumah sendiri kerana berniaga lebih masa ditetapkan.


Sumber : rotikaya

Post a Comment

0 Comments