Baru-baru ini viral satu keratan perbualan whatsapp berkenaan dengan Menteri perusahaan Perladangan dan Komoditi DATO’ DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI yang telah ditahan di sekatan jalan raya di Perasing, Terengganu.
Lebih mengejutkan lagi, dalam tulisan tersebut ada menyebut tentang dakwaan wanita yang juga merupakan usahawan berjaya bersama-sama dalam kenderaan tersebut.
Wanita yang dikatakan tersebut pernah menjadi isteri kepada pelakon popular Fizo Omar, Mawar Abd Karim itu didakwa dilihat berada dalam kereta yang sama dalam kereta MP kuala Nerus tersebut.
Bagaimanapun, Khairuddin yang juga merupakan ahli parlimen PAS tampil menjawab gossip dan khabar angin tersebut :-
Menerusi kenyataannya yang tular, Khairuddin dikatakan akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu berhubung dakwaan tersebut.
Kenyataan itu juga menafikan beliau ditahan di Sekatan Jalan Raya (SJR) Perasing, Kemaman semalam.
KENYATAAN MEDIA
1. Saya akan membuat laporan polis esok, 28 Mei 2021 di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu berhubung beberapa dakwaan mengenai diri saya yang telah tular di media sosial hari ini.
2. Secara ringkasnya saya;
(1) MENAFIKAN ditahan di SJR di Perasing, Kemaman hari ini.
(2) MENAFIKAN ditahan di SJR di Perasing, Kemaman bersama seorang wanita yang didakwa sebagai Mawar Abdul Karim.
(3) MENAFIKAN berkahwin dengan Mawar Abdul Karim.
3. Saya akan keluarkan kenyataan penuh esok sejurus selesai membuat laporan Polis.
Sekian, terima kasih.
YB DATO’ DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Sumber : themalaysialife
0 Comments