Ticker

6/recent/ticker-posts

Hasil Kerja Keras, Masya Masyitah Berjaya Beli Rumah Kedua Pada Usia 21 Tahun

 


Sungguh tidak disangka, penyanyi muda Masya Masyitah yang baru berusia 21 tahun kini sudah mampu memiliki rumah keduanya hasil titik peluhnya sebagai anak seni.


Berkongsikan berita gembira itu di Instagram, Masya meluahkan rasa syukur serta memuat naik fotonya menerima kotak ‘fuse cutout’ sebagai simbolik sudah memiliki kediaman dua tingkat itu.


Ini merupakan rumah kedua dibelinya selepas berjaya membeli sebuah kondominium berharga RM300,000 secara tunai ketika berusia 19 tahun.



Perkongsian Masya itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya yang mengucapkan tahniah serta tumpang bangga dengan kejayaan penyanyi itu.

SUMBER : ROTIKAYA

Post a Comment

0 Comments