Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila instagram ibu kepada selebriti terkenal iaitu Noor Kartina telah memaparkan komen mengenai sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia.
Tangkap layar di instagram story miliknya itu berbunyi
"Kalau perihatin suruh la agong batal kan darurat!! Cakap je lebih!!
Susulan dari kejadian tersebut, ramai netizen yang bengang kerana memperlehkan insitusi diraja negara yang ini yang merupakan tunjang kepada sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
Bagaimanapun, Noor Kartini membuat permohonan maaf kepada Istana Negeri Johor khususnya kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas kekhilafan seorang pekerja memuat naik komen berbaur sensitif menggunakan akaun Instagram miliknya.
“Saya ingin jelaskan, perkara tersebut berlaku di atas kecuaian salah seorang pekerja saya yang mempunyai akses kepada akaun Instagram saya.
“Dia yang merupakan pengurus media sosial di Noor Khan International Sdn Bhd secara tidak sengaja telah memuat naik instastory tanpa sedar menggunakan akaun saya, @noorkartini.
“Kepada Tuanku dan seluruh ahli keluarga diraja, patik merafak sembah memohon maaf atas kecuaian yang terjadi,”katanya.
Menerusi laporan dari utusan, Noor Kartini berkata demikian dalam satu kenyataan yang diberikan kepada warga media bagi menjelaskan isu tersebut yang menjadi bahan bualan ramai di media sosial.
Perkara tersebut timbul selepas ramai membuat ciapan di Twitter mengenai ibu Neelofa itu yang dikatakan berani membuat kenyataan berbaur cabaran menyentuh isu perlembagaan diraja.
Tulisan tersebut berbunyi ‘kalau prihatin suruh lah Agong batalkan darurat!! Cakap je lebih!!’ disertakan dengan video latar belakang memaparkan wajah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Perkara tersebut juga telah mendapat perhatian daripada keluarga diraja tersebut dan antara yang memberi tanda isyarat mengenainya ialah anakanda ketiga Sultan iaitu Tunku Idris Iskandar.
Respons yang diberikan oleh Tunku Idris menerusi akaun Instagramnya juga menerima reaksi pelbagai daripada para pengikutnya selepas dia memuat naik sebuah ayat yang dipercayai merujuk kepada perbuatan Noor Kartini itu.
“Adab yang terjelma dalam amalan seseorang itu adalah petanda bahawa amalan itu diterima oleh Allah SWT,”tulis Tunku Idris memetik ayat asal yang ditulis oleh Sayyidina Anas Ibn Malik.
Terdahulu, Tunku Idris juga memuat naik ayat berbentuk pertanyaan dalam media sosialnya sambil mengepilkan tangkap layar IGS Kartini tersebut bersama.
“Memang keluarga dia ini semua jenis macam ni?”tulisnya.
Dalam pada itu, Noor Kartini juga memaklumkan pihaknya telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail kurang lebih pukul 5.30 petang tadi berhubung perkara ini dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Istana Negeri Johor berkenaan isu tersebut.
Sumber : utusan
0 Comments