Ticker

6/recent/ticker-posts

Minta tumpang solat ketika hantar pesanan makanan, gadis ini jatuh cinta pandang pertama dengan rider foodpanda

 


Dewasa ini ramai yang memilih untuk membuat pesanan dari rumah dan tidak keluar dari rumah seperti mana saranan kerajaan untuk rakyat meminimumkan pergerakan di luar rumah bagi menghalang penularan pendemlk C0VlD-19.


Trend terkini ini juga memberikan peluang pekerjaan kepada mereka yang rata-rata terkesan dengan pendemlk ini. Banyak company yang gulung tikar dan kerugian sehingga memaksa majikan memberikan pekerja.


Umum tahu juga, kerja sebagai rider memang mencabar, dengan terpaksa berpanas dan berhujan juga terpaksa bekerja tidak mengira masa jika ada tempahan.



Biarpun sering berdepan dengan masalah ketika menjalankan tugas, namun masih ramai yang masih kekal menjaga akhlak dan kewajipan kepada yang Maha Pencipta.


Baru-baru ini viral satu perkongsian video di media sosial, apabila seorang gadis yang dikenali sebagai yaya menceritakan pengalamannya bertemu dengan seorang rider yang terlajak baik dan sopan-santun budi pekertinya.

Sebaik saja selesai menghantar pesanan kepada pelanggannya, lelaki muda berkenaan telah meminta izin untuk tumpang menunaikan solat buat seketika di rumahnya.


Kejadian tersebut telah membuat gadis tersebut serta-merta 'cair' melihat kesopanan dan dirinya yang menjaga waktu solatnya.


Bukan itu sahaja, dia juga sanggpun menunggu di luar rumah untuk memberi ruang kepada ‘rider’ itu beribadah.


Di samping itu, Yaya memohon maaf jika ‘rider’ terbabit sudah menjadi milik orang.

Menjenguk diruangan komen, majoriti netizen juga sependapat dengan Yaya dan meluahkan rasa kagum dengan akhlak lelaki tersebut. Mereka juga turut memuji tindakan Yaya yang dilihat sanggup menunggu diluar rumah bagi menjaga batas pergaulan dengan lelaki 'ajnabi'.




Sumber: TikTok Yaya

Post a Comment

0 Comments