Sejak dari semalam kecoh di media sosial apabila ig ibu kepada selebriti terkenal Neelofa yang dikatakan telah memuat naik satu status ig stories yang memperlekeh institusi raja-raja Melayu.
Walau bagaimanapun, Noor Kartini telah tampil menjelaskan bahawa tulisan itu bukan dari dia sebaliknya itu perbuatan pengurus media sosialnya dan beliau telah membuat laporan polis.
Dan hari ini, pengurus media sosial tersebut yang dikenali sebagai Zulshafiqah Zulkafli telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka diatas kejadian menyalah gunakan akaun instagram majikannya (@noorkartini) milik Datin Noor Kartini Noor Mohamed untuk berkongsikan kandungan yang mempertikaikan sistem raja berperlembagaan di negara ini.
Menerusi surat penyataan permohonan maaf yang telah dimuat naik di instagram peribadinya @zulshafiqah beliau menyatakan permohonan maaf kepada :-
1) KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.
2) Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan seluruh kerabat Diraja Johor.
3. Datin Noor Kartini Noor Mohamed dan seluruh keluarga.
“Saya secara jujur ingin menjelaskan keadaan sebenar yang telah berlaku. Saya telah tersilap memuat naik tangkap layar (screenshot).
“Tangkap layar tersebut adalah bertujuan untuk rujukan saya sahaja, tiada sebarang niat untuk dimuat naik di IG Datin Noor Kartini mahupun IG peribadi saya.
“Saya juga mahu menjelaskan, gambar dan tulisan asal yang dipaparkan adalah bukan dari penulisan saya mahupun Datin,” katanya lagi.
Menurutnya lagi, dia juga telah memberi kenyataan dan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis bagi membantu pihak polis menyelesaikan siasatan berhubung isu yang viral ini.
Noor Kartini turut berkongsi bukti perbualan dan salinan laporan polis yang dibuat pada Ahad.
Sumber : Instagram Zulshafiqah
0 Comments