Ticker

6/recent/ticker-posts

Gadis ini terima kecaman netizen selepas dakwa perempuan Kelantan sebagai 'gold digger', pemalas dan pengotor

 


Baru-baru ini viral satu kisah di media sosial yang memaparkan seorang pemuda yang terpaksa berpisah dengan kekasih hatinya selepas bakal ibu mertua dipercayai meminta hantaran sebanyak RM 30 ribu.


Nilai hantaran tersebut dianggap sungguh tidak logik kerana mengetahui lelaki tersebut hanyalah penjawat awam biasa dan sudah pasti tidak mampu menyediakan amaun itu.


Kisah sedih ini mendapat perhatian netizen yang rata-rata mengecam keluarga perempuan tersebut dan ramai juga yang memuji lelaki tersebut kerana membuat keputusan yang bijak dengan tidak meneruskan niatnya itu.


Dalam beribu-ribu komen itu ada satu komen yang telah menarik perhatian netizen kerana seorang perempuan itu memberikan kapsyen seperti berikut :-


"Jangan cari jodoh dengan perempuan Kelantan sudah lah dah lah pemalas, pengotor, jijik, gold digger pulak tu.. Perempuan Kelantan tu taraf mat² Indon boleh lah" 



Tambahnya lagi, kaum adam dinasihatkan agar tidak mencari wanita Kelantan sebagai jodoh kerana gadis Kelantan ini menurutnya adalah seorang yang pemalas dan pengotor.


Wanita Kelantan juga diibaratkan sebagai pisau cukur dan lagi mengeruhkan keadaan dia tergamak menyamakan gadis Kelantan ini setaraf dengan warga asing Indonesia.

Tindakan gadis ini yang disifatkan sebagai mulut tiada insuran ini telah mendapat kecaman dari netizen.


Netizen turut mengandaikan perempuan tersebut mungkin pernah dikecewakan oleh teman lelaki yang mungkin telah memilih gadis Kelantan dan meninggalkan dia menyebabkan dia cukup geram dan menuduh semua wanita Kelantan sedemikian.




Diharapkan agar gadis ini tabah dan tidak bercakap ikut sedap mulut sahaja, jika tidak suka sekalipun lebih baik kita mengambil pendekatan berdiam diri sahaja dari mengeluarkan kata-kata yang boleh mengguris hati orang lain.


Sumber : OHBULAN

Post a Comment

0 Comments