Ticker

6/recent/ticker-posts

Kantoi berlatih siIat dalam rumah, 8 lelaki dikompaun sebanyak RM26,000

 


Tindakan sekumpulan lapan lelaki yang leka berIatih silat di Bandar Utama dekat sini hari ini dikenakan kompaun kerana meIanggar prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN).


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian berlaku pada 12.10 tengahari tadi selepas pasukan peronda pemantau pematuhan SOP telah membuat pemeriksaan di rumah berkenaan.



“Hasil pemeriksaan di dalam rumah itu mendapati sekumpulan individu sedang menjalankan aktiviti latihan persiIatan secara beramai-ramai.


“Mereka tidak mematuhi SOP penjarakan fizikal dan Iarang aktiviti berkumpul beramai-ramai yang disyaratkan MKN pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan Penuh ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Kesemua individu itu berusia lingkungan 26 hingga 31 tahun telah dikeluarkan kompaun berjumlah RM16,000 iaitu RM2,000 setiap seorang manakala penganjur/tuan rumahnya dikenakan kompaun RM10,000 di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyaklt Berjangklt (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkltan) 2021.


Tambah Mohamad Fakhrudin, rumah berkenaan dijadikan pusat latihan akademi silat itu yang dihiasi kerls di setiap penjuru pada dinding.


“Justeru, polis memberi ama.ran kepada orang ramai supaya mematuhi PKP Penuh yang dilaksanakan dan kegagaIannya akan membolehkan orang ramai dikompaun minima RM1,500 atau ditang.kap dan seterusnya didak.wa di mhkamah mengikut peruntukan undang-undang yang ada,” tegas beliau.


Sumber :- MalaysiaGazette

Post a Comment

0 Comments