Menerusi laporan dari mStar, Nazrief memberitahu segala persediaan seperti pakaian dan barang keperluan sudah disediakan memandangkan kandungan isterinya kini memasuki usia lapan bulan.
"Persiapan untuk baby semua dah beli. Isteri buat research jenis keperluan yang perlu ada, kemudian saya yang pergi beli.
"Tapi sebelum melahirkan anak nanti, isteri minta nak photoshoot. Jadi terpaksalah saya buat studio sendiri, pacak lighting lepas tu tangkap gambar," katanya.
Sementara itu bercerita mengenai pengalaman menjaga isteri hamil, pelakon drama Makmum Yang Paling Aku Cinta ini berkata isterinya, Aizatul Akma, 27, mengidam untuk mendapatkan sesuatu yang agak pelik.
"Mula-mula tu normal la mengidam nak makan cempedak goreng, mangga harum manis dan ikan siakap bakar. Paling pelik sekarang dia mengidam beg LV, pelik betul mengidam tu.
"First trimester paling ter0k la kerana munt.ah-munt.ah, badan lembik, tak boleh masuk dapur bau ikan... semua tak boleh.
"Lepas tu malam-malam sebelum tido saya kena pakai perfume, dia nak bau wangi je. Alhamdulillah sekarang ni dah normal tapi dia cepat penat," katanya.
Ditanya tentang jantina anak yang bakal dilahirkan, Nazrief berkata dia dan isterinya memilih untuk merahsiakannya buat sementara waktu.
Bagaimanapun mereka berjanji untuk berkongsi khabar gembira itu apabila tiba masanya nanti.
"Isteri yang pilih nama anak kami. Saya kena mengalah kali ni. InsyaAllah peluang anak kedua nanti saya pula akan bagi nama.
"Tapi sebenarnya takut juga dalam keadaan macam sekarang, risau tentang kesihatan bayi nanti... tapi harapnya semua selamat," katanya.
Untuk rekod, Nazrief dan Aizatul Akma mendirikan rumah tangga pada 15 November 2019 di The Seavoy House, Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Sumber : mStar Online
0 Comments