Ticker

6/recent/ticker-posts

Nampak semakin kurus dan tidak bermaya, netizen risau lihat gambar terbaru Janna Nick

 



Baru-baru ini dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan satu pendedahan dari pelakon dan pengacara terkenal, Janna Nick yang mendedahkan dirinya menghidap penyakit bipolar. Janna berkata dia masih lagi menjalani rawatan dengan pakar sakit jiwa.


Gambar terbaru Janna Nick di instagram miliknya menarik perhatian ramai netizen selepas pengacara terkenal itu memuat naik gambarnya memakai pakaian serba hitam.


Difahamkan, Janna berkongsikan gambar tersebut untuk mempromosikan jenama minyak wangi terkenal sambil memegang botol minyak wangi tersebut.


Menjenguk diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang melihat keadaan Janna yang dilihat semakin kurus. Malah, ada yang meminta supaya Janna menjaga diri.


Ada yang cakap nampak berbeza dari sebelum ini kerana nampak susutlah, muka pun dah tak bulat sangat dah, tapi masih lagi cantik walau tanpa makeup, cantik semula jadi.. jaga diri Janna, komen netizen yang lain.



Sebelum ini Janna pernah menceritakan pengalamannya tentang penyakit yang dihadapinya. Menurut Janna, dia menyedari menghidap bipolar apabila sering tidak khusyuk ketika solat menunaikan solat kerana terganggu dengan ‘suara’ dalam kepala yang sangat kuat.

Diharapkan agar Janna sentiasa kuat dan jaga diri selalu. Ramai peminat yang sayang pada Janna


Sumber : rotikaya

Post a Comment

0 Comments