Seperti yang kita tahu, kerajaan telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh PKP 3.0 bagi mengekang penularan pandemlk C0VlD-19.
Dengan bersambungnya PKP 3.0 bermakna kita terpaksa menghabiskan masa di rumah kerana kebanyakan sektor ekonomi tidak dibenarkan beroperasi.
Bagi mengisi masa yang terluang, personaliti popular Janna Nick ada aktiviti yang tersendiri.Baru-baru ini, Janna dilihat mengemaskini instagramnya dengan memuat naik aktiviti yoga sebagai cabaran kepada dirinya sendiri.
“PKP sambung lagi? Jadi apa kata kita cabar diri kita untuk buat benda yang boleh mencabar kemampuan kita di rumah. Kalau untuk saya ialah yoga!
“Walaupun tidak mudah tetapi saya cuba,” ujarnya.
Seperti biasa, perkongsian dari selebriti popular ini pasti mendapat perhatian netizen.
Rata-rata netizen kagum dan memuji Janna yang berjaya melaksanakan cabaran yoga itu dengan sungguh cemerlang.“Lembutnya pinggang Janna. Kalau saya dah tergeliat pinggang,” usik seorang pengguna Instagram.
“Kalau saya memasak. Memasak adalah sesuatu yang mencabar bagi saya. Saya tidak reti masak tetapi suka makan,” komen salah seorang pengikutnya.
Menerusi hantaran serupa, Janna turut tidak ketinggalan mengingatkan pengikutnya dalam Instagram supaya segera mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin. Malah, Janna turut berkongsi pengalamannya ketika mendapatkan suntlkan vaksln baru-baru ini.
“Pengalaman saya (menyuntlk vaksln) sangat bagus dan berjalan lancar. Pada yang belum divaksin, cepat-cepat daftar.
“Semak aplikasi MySejahtera untuk mengetahui kemaskini info vaksinasi anda,” kata Janna.
Sekadar info, kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh PKP 3.0 untuk tempoh dua minggu lagi berkuat kuasa pada 15 Jun sehingga 28 Jun depaN.
Sumber – Kosmo! ONLINE
0 Comments