Kecoh di media sosial hari ini apabila ramai yang mendapati nama mereka tiba-tiba ada dalam rekod sebagai ahli RELA dalam Portal Semakan MyRELA.
Hal ini adalah sesuatu yang mengejutkan kerana rata-rata kebanyakan daripada mereka tidak pernah membuat pendaftaran keahlian.
Semakan di laman web rasmi tersebut boleh dibuat dengan hanya memasukkan nombor kad pengenalan masing-masing pada pautan berikut:
Difahamkan mungkin pada masa tersebut pihak RELA telah menerima senarai nama yang didaftarkan terus ke dalam sistem.
Walaubagaimanapun, jika seseorang yang tersenarai tidak berminat untuk menjadi anggota RELA, anda boleh membuat pembatalan ahli di dalam sistem.
RELA juga turut meminta maaf atas kekeliruan yang berlaku.
Cara Semakan Ahli RELA
Jadi, sudahkah anda membuat semakan?
Jika belum, anda boleh membuat semakan ahli RELA dengan melayari laman web berikut:
https://myrela.moha.gov.my/myrelamobile/rela/semak atau https://myrela.moha.gov.my/
Melihat dirungan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bengang dan marah kerana rata-rata memberitahu tidak pernah mendaftar walau secara online tetapi pelik kenapa nama ada dalam database RELA.
Sumber : Harianpost
0 Comments