Ticker

6/recent/ticker-posts

Tidak mahu netizen salah faham dan sebar fitnah, Wawa tampil dedahkan cerita sebenar kenapa dia marah sangat dengan anggota polis berkenaan

 


Kecoh di media sosial sejak dari semalam apabila satu video viral seorang wanita yang dikatakan memakl hamun anggota polis trafik yang sedang menjalankan tugas di sekatan jalan raya dan disaman kerana cukai jalan dan insuran kenderaannya tamat tempoh.


Susulan dari video tersebut, ramai netizen bengang dan mengecam balik tindakan Wawa yang dilihat agak kurang sopan.


Tidak mahu isu itu menjadi lebih besar dan ramai netizen yang tidak tahu cerita sebenar tapi buat-buat tahu. Seorang wanita yang dikenali sebagai Princess Wawa El-Diamond tampil menjelaskan punca sebenar kejadian tersebut.

Beliau mendakwa bahawa anggota itu menyindirnya hingga membuatkan beliau marah dan tidak dapat mengawal perasaan.





Menerusi posting lainnya, wanita itu berkata dia sangat bersyukur kerana disaat-saat sukar ini ramai kawan-kawannya tampil memberi bantuan dan ada yang memberi khidmat bantuan peguam secara percuma.


♥️♥️♥️ MasyaAllah terima kasih semua atas doa dan sokongan... tak dapat wawa sambut call satu-satu... wawa ok tengah minum kopi dan makan roti... Terima kasih atas kasih sayang semua,... Wawa amat menghargainya... 🥰 SEMOGA SEGALA YG BAIK BERBALIK PADA ANDA... Dan yg ja.hat tu dapat hidayah atau masuk neraka.. apa pun terima kasih uncle2 dan untie2 yg call wawa, atas nasihat,.kasih-sayang dan ramai yg 'membela wanita teranlaya'. 



Wawa yakin bukan wawa sj pernah berhadapan dgn  situasi diprov0kasi, difltnah dan segala senario yg MENGAKIBATKAN kita marah begini.. cukup sda semua bukti td kamu pm,.. Terima kasih ya. Skrg biar lawyer yg atur. Kpd yg akan disaman, apa boleh buatlah, terima kasih bagi wawa rezeki... alhamdulillah...

Menjenguk diruangan komen tersebut, ramai netizen memberikan kata-kata semangat kepada wanita tersebut. Ada juga yang mengatakan kalau dia juga kena slndir dia juga pasti akan meIenting. 

Netizen juga mendoakan agar urusan Wawa dan pihak berkuasa dipermudahkan.





"dalam hal ni.. pasti banyak spekulasi akan keluar sis.. apa2 pun.. pokok xkan bergoyang tanpa angin meniup. bagi saya.. jika kita melakukan kesalahan.. biar hukuman di jalankan.. xperlu la bertanya itu dan ini.. sbgai pengguna kita juga berhak bertanya.. tpi kalau suda melakukan sesuatu yang mengguris hati.. wat org marah inilah padahnya.. tuk itu.. semua pihak kena jadikan ia teladan.. tuk masa depan.. apa2 sis..I like u style.. hahaha" - Zack Daud

Sumber : Fb Princess Wawa El-Diamond

Post a Comment

0 Comments