Ticker

6/recent/ticker-posts

75 peratus paru-paru Fazli Zainal rosak kerana C0VlD-19

 


Ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan), hari ini mendapati kira-kira 75 peratus paru-paru penyanyi Fazli Zainal, 43, r0sak akibat Ca0aaaavid-19.


Fazli ketika dihubungi berkata, dia amat terkejut dengan keputusan imbasan itu sebaik dimaklumkan doktor kepadanya.


"Kesan kerosakan ke atas paru-paru saya akibat C0vid-19 agak teruk juga. Disebabkan itu, saya masih mengalami batuk-batuk dan kesukaran bernafas. Malah, jika bercakap pun saya cepat mengah.


"Walaupun keadaan kesihatan beransur pulih sekarang, tapi saya masih belum boleh bernafas dengan baik lagi dan perlu bergantung dengan bantuan oksigen," katanya yang kini dirawat di Hospital Ampang.


Fazli berkata, dia pernah cuba ke tandas tanpa bantuan oksigen, tetapi dalam tempoh satu minit paras oksigen dalam badannya turun mendadak dari 93 peratus hingga 55 peratus.



Menurut Fazli, dia juga belum berkesempatan mengambil suntikan dos pertama vaksin yang sepatutnya pada 23 Julai apabila dia dijangkiiti C0vid-19 sebelum tarikh itu.


"Ketika masih di tahap pertama dan kedua, saya hanya kuarantin diri di rumah selama seminggu. Bagaimanapun, saya dimasukkan ke Hospital Ampang pada 31 Julai lalu kerana tahap oksigen turun sehingga 75 peratus.


"Tak sangka juga, sudah 20 hari saya menerima rawatan di hospital ini kerana jangkiitan C0vid-19. Namun, terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan selebriti dan orang ramai yang tak putus-putus doakan untuk saya.


"Setiap hari, ramai orang bertanya khabar dan itu cukup memberikan saya semangat. Bagi saya sekarang, hanya doa-doa daripada anda yang tidak putus buat saya amat penting untuk sembuh dari wabak ini," katanya.


Menurut Fazli, apa yang dibimbangkan ketika tahap kesihatannya teruk ialah kematian.



Katanya, dia terfikir-fikir apakah mampu terlepas daripada menjawab soalan Malaikat di dalam kubur nanti.


"Justeru, saya kini memang mendahulukan solat lebih awal. Ini kerana, saya tidak tahu bila nyawa akan dicabut dan setiap kali masuk waktu, saya akan terus solat dan tidak bertangguh lagi," katanya.


Ditanya juga mengenai jangkaan dia akan dibenarkan pulang ke rumah, Fazli berkata, mungkin dalam tempoh seminggu lagi.


Namun, katanya semua bergantung kepada tahap kesembuhan kesihatannya dan kebenaran daripada doktor.


Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments