Abang kepada pempengaruh kontroversi, Aisar Khaled, Aus Khaled tampil mempertahankan adiknya yang dihentam hebat warganet gara-gara membuat kandungan media melibatkan pemergian penyanyi terkenal, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin.
Menerusi entri Twitter, seorang individu telah memuat naik satu video tngkap layar abang pempengaruh tersebut menegur perbuatan warganet mengecam adiknya itu, menerusi Instastorynya.
Dalam video berkenaan, Aus memberitahu adiknya membuat kandungan media berkenaan bertujuan memberi pengajaran kepada setiap yang menonton video tersebut.
“Apa masalah kau dengan adik aku ini? Adik aku buat apa sampai kamu semua kelam kabut sangat ini.
“Adik aku buat kandungan media itu cuma nak memberi pengajaran sahaja. Kau nak kelam kabut sangat ini kenapa? Rileks sahaja, ‘chill’ sahaja,
“Kau kalau buat dosa dengan orang, kalau tidak dimaafkan, sampai bila-bilalah kau macam itu. Dosa kau ada sahaja. Kalau kau minta dengan Allah, pun tak jalan kecuali kau minta maaf dekat orang itu,” katanya di Instastory.
Bagaimanapun, tindakannya mempertahankan Aisar telah memakan diri apabila dia juga turut dikecam warganet.
Oleh kerana, masing-masing memaklumkan tidak nampak ‘pengajaran’ yang hendak ditunjukkan dalam kandungan tersebut yang disertakan ‘give away’ itu.
Semalam, Aisar Khaled tampil memohon maaf secara terbuka setelah menimbulkan rasa kurang senang warganet gara-gara memuat naik satu hantaran video melawat pusara penyanyi terkenal, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin.
Dia memuat naik video berkenaan di platform Youtube dan aplikasi TikToknya, namun telah dipadam ekoran menerima kecaman hebat daripada rata-rata warganet.
Sumber : Utusan Online
0 Comments