Ticker

6/recent/ticker-posts

Apabila Semua Ini BerIaku, Sudah Tentu Saya Sendiri Fikir Mana Pergi Semua Persahabatan, kata Syura

 


Umum mengetahui kemelut antara Syura ‘lima sekawan’ dengan Siti Nordiana yang bermula daripada pendedahan terbuka menerusi sesi Instalive pada 20 Julai lalu.


Syura dan Siti Nordiana atau Nana mempunyai sejarah panjang dalam industri seni tanah air.


Lebih dua dasawarsa melebarkan perjalanan karier sebagai penyanyi, mereka pernah bernaung bawah bumbung syarikat rakaman yang sama iaitu FMC sedari usia belasan tahun. Lebih nostalgik, mereka pernah merakamkan album duet Firus pada 2001.


Orang industri yang pertama


Masih basah dalam memori, mereka juga pernah berlakon dalam sebuah telefilem berjudul Helah. Pada waktu tersebut, mereka masih anak dara, manakala Allahyarham Achik Spin memainkan peranan hero.


Masa berlalu, hubungan berselirat sehingga membentuk sengketa, sudah tentu ada yang tercuit, terkenangkan pahit manis era tersebut, terutama dalam kalangan peminat dalam lingkaran era dimaksudkan.



” Tiada siapa mahu semua ini berlaku. Jujur saya cakap, ketika mula bertatih dalam bidang seni, dialah (Nana) orang pertama yang saya kenal.


” Kami satu label yang sama, nyanyi, bikin video muzik dan pergi ‘road tour’ bersama-sama sejak berusia 14 tahun.


” Apabila semua ini berlaku, sudah tentu saya sendiri fikir mana pergi semua persahabatan. Saya percaya, manusia tak sempurna dan itu juga sifat saya.


” Kita semua buat silap kerana itu memang fitrah,” kata juara MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua itu.


Tuturnya lagi, perselisihan faham adalah satu perkara lazim, namun tidak menyangka akan berlarutan sampai ke mahkamh.


Dia sedar, dunia semakin memburuk dengan pelbagai permsaIahan. Dirinya sendiri tidak mahu perhubungan manusia berbenih kebencian yang tidak menguntungkan.


” Salah faham bukan hanya berlaku dalam hubungan suami isteri, adik-beradik pun kadang-kadang bertikam lidah. Kami yang bergelar anak seni pun ada pasang surutnya dalam soal emosi yang akhirnya merugikan diri sendiri.


Reda, tunggu kata mahkamh


” Saya percaya itu juga yang berlaku antara saya dengan Nana. Kami pernah sama-sama menjalani zaman anak dara sampailah sekarang.



” Bohonglah kalau saya cakap tak sedih dengan apa yang berlaku.


” Kalau boleh saya tak nak keruhkan keadaan. Daripada pihak saya, dari bibir saya sendiri, saya mohon maaf dan memaafkan apa sahaja yang berlaku baik apa yang orang tahu mahupun tidak.


” Saya tak nak orang cakap saya sengaja dramatik tetapi ketika dunia kacau-bilau dengan COVlD-I9, setiap hari ada sahaja manusia hilang insan tersayang disebabkan virus m4ut itu, mengapa perlu bersngketa sesama kita,” luah pelantun lagu Candak itu.


Tidak mahu dilihat terlalu bersikap dfensif, ibu kepada tiga cahaya mata itu memaklumkan, apa sahaja yang berlaku selepas ini, diserahkan kepada takdir dan tertakluk kepada tindakan lanjut Nana.


” Saya sudah sampai tahap fikir, apa sahaja yang keluar dari bibir saya, orang ramai akan label saya yang memulakan angkara ini, sayalah ‘villain’ dan sebagainya.


” Kalau dia (Nana) rasa bawa perkara ini ke mahkamh dapat selesaikan msaIah, terpulang kepadanya.


” Saya reda dan ikut sahaja kalau itu memberikan keadilan kepada siapa yang berasakan dirinya teraniiaya atau bagaimana.


” Setiap kali dalam usai solat, saya sentiasa berdoa agar segala permsaIahan yang dihadapi ditunjukkan jalan keluar oleh Allah SWT.


” Saya tak mahu keruhkan keadaan dengan mendedahkan perkara yang tidak sepatutnya kepada media.


” Lebih baik simpan, telan dan hadam sendiri. Biarkan waktu memberi jawapan terbaik. Insya-Allah, semuanya akan dilunaskan dengan cara terbaik,” katanya.


Sumber:kosmo! Online

Post a Comment

0 Comments