Baru-baru ini viral di media sosial apabila bekas ratu cantik Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James telah memuat naik satu posting yang seakan-akan mengajak pengikutnya di media sosial untuk mengikuti jejak langkahnya yang tidak kisah tentang garis panduan kesihatan.
Saya dan dia akan buat hal kami sendiri kerana kami dikelilingi oleh mereka yang memakai mask, menyebarkan cahaya dan kedaulatan kami di mana-mana. Saya tidak akan pernah memakai ‘lampin’ (mask) itu di muka saya melainkan untuk menyamar atau ketika berada di sekeliling orang yang menjengkelkan.
Tampil tidak memakai pelitup muka di tempat umum, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dan mengecam tindakan tidak bertanggungjawab wanita itu.
Malah dia dengan bangga mendedahkan bahawa tindakannya itu berjaya meyakinkan orang lain untuk turut membuang pelitup muka mereka.
Dia juga mendakwa bahawa tindakannya itu berjaya meyakinkan orang lain untuk membuka mask dan turut menjelaskan bagaimana dia terangsang oleh seorang lelaki yang membuka mask di hadapannya.
Saya nampak seorang lelaki berjalan di hadapan saya dan membuka mask lalu merosakkannya dengan tangan. That’s my man. Love you whoever you were!
Menjenguk diruangan komen, ada juga pengikutnya yang turut menyokong tindakan tidak bertanggungjawab itu, dan ada juga yang mengecamnya.
0 Comments