Ticker

6/recent/ticker-posts

Dakwaan seraangan seksuaI: Salinan saman diserah ke peguam

 


Saman yang difailkan bekas pembantu penyelidik terhadap Anwar Ibrahim telah disampaikan kepada firma guaman yang mewakili presiden PKR itu melalui serahan tangan.


Saman itu dikemukakan Muhammed Yusoff Rawther selaku plaintif pada 14 Julai lalu berhubung dakwaan berlaku seraangan sekksual terhadapnya di kediaman Anwar pada 2018.


Peguam yang mewakili Muhammed Yusoff, Mahajoth Singh, berkata writ saman dan pernyataan tuntutan diserahkan hari ini kepada Tetuan Ranjit Singh and Yeoh di pejabat firma guaman itu di Solaris Dutamas Kuala Lumpur.


“Mhkamah juga menetapkan 9 Sept ini untuk pengurusan selanjutnya kes itu,” katanya ketika dihubungi pemberita selepas pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar Mhkamah Tinggi Idamasliza Maarof.



Dalam pernyataan tuntutannya Muhammed Yusoff, 28, mendakwa serngan sekksual itu berlaku pada 2 Okt 2018 di kediaman Anwar, 73, di Segambut apabila beliau diminta oleh setiausaha sulit Anwar iaitu Shukri Saad untuk menyerahkan sendiri teks ucapan sempena sambutan ulang tahun ke-150 Mahatma Gandhi anjuran Pejabat Pesuruhjaya Tinggi India kepada defendan.


Plaintif mendakwa Anwar melakukan serngan sekksual dan pencerobohan ke atas dirinya dan dia juga menolak perbuatan defendan serta memintanya berhenti melakukan perbuatan tersebut.


Dakwanya, Anwar ketika itu jelas kelihatan marah serta kecewa dan sebelum beredar, defendan memberitahu plaintif "I want to do this again" (saya mahu melakukan ini lagi) dan plaintif menjawab bahawa dia sama sekali tidak akan berdua-duaan di dalam bilik dengan defendan.


Selepas kejadian itu, Muhammed Yusoff mendakwa tiada sebarang komunikasi antara mereka untuk tempoh kira-kira sebulan namun plaintif masih bekerja dengan defendan sebelum dipindahkan ke Yayasan Aman.



Plaintif yang meletak jawatan pada 24 Jun 2019, berkata satu laporan polis dibuat terhadap Anwar pada 7 Dis 2019 dan dia menjalani ujian poligraf (mengesan pemb0hongan) di Bukit Aman pada 17 Dis tahun sama dan mendakwa defendan enggan menjalani ujian itu.


Muhammed Yusoff berkata Jabatan Peguam Negara kemudian mengeluarkan kenyataan media menyatakan bahawa tiada bukti yang mencukupi untuk mendakwa Anwar.


Plaintif mendakwa akibat kejadian itu, dia dituduuh berk0mplot untuk menjatuhkan dan merosakkan karier politik defendan selain memberi impak kepada kesihatan mentalnya kerana mendapat kritikan daripada pemimpin politik yang menyokong Anwar serta orang awam.


Oleh itu, dia menuntut ganti rugi khas, umum, teruk dan teladan, faedah, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.


- Bernama

Post a Comment

0 Comments