PENAFIAN : GAMBAR YANG DIGUNAKAN HANYALAH SEKADAR ILLUSTRASI
NAMPAKNYA golongan antivaksiin kini sedang menggelupur disebabkan peraturan yang menetapkan sesiapa yang tidak lengkap vaksiin tidak boleh memasuki mana-mana premis.
Kaedah kawalan kendiri yang dilakukan oleh pemilik-pemilik premis ini nampaknya dapat membantu kita mengawal penularan C0vid-19.
Perkara ini berlaku kepada salah seorang kenalan Merak Jalanan yang memang menolak untuk mengambil vaksiin.
Menurut dia, vaksiin ini adalah agenda tersembunyi pihak tertentu yang mahu melemahkan manusia di atas muka bumi ini.
Bagaimanapun, selepas kerajaan mengumumkan penerima dua dos vaksiin diberikan kelonggaran menyebabkan dia sukar untuk menjalankan urusan seharian.
Ini menunjukkan pendekatan carrot and stick atau pemberian habuan dan dalam masa yang sama menghukum pihak yang tidak ambil vaksiin ini berhasil.
Berdasarkan kepada perkembangan semasa, sebanyak 61.9 peratus atau lebih 14.5 juta individu daripada populasi dewasa di seluruh negara sudah lengkap menerima dua dos vaksiin C0vid-19.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksiin C0vid-19 (JKJAV) memaklumkan, penerima dos pertama pula adalah sebanyak 82.2 peratus atau lebih 19.2 juta orang.
Ini bermakna 44.4 peratus daripada rakyat Malaysia sudah lengkap mendapatkan vaksiin, sementara 58.9 peratus lagi populasi negara sudah mendapatkan suntikan dos pertama.
Semakin cepat penduduk Malaysia mendapat vaksiin, maka semakin cepat kita semua akan bebas daripada cengkaman C0vid-19.
Siapa yang tidak mahu hidup normal kembali walaupun pada hakikatnya kita masih perlu menjaga prosedur operasi standard yang dapat menjamin agar kita tidak mudah dijangkiti.
Justeru, kita amat berharap semua pihak terus memainkan peranan supaya kita dapat capai imuniti kelompok dengan segera.
Sumber : sinar Harian
0 Comments