Lebih 20 orang menawarkan bantuan guaman kepada pelajar perempuan, Ain Husniza Saiful Nizam yang menerima surat tuntutan fitnah RM1 juta yang difailkan oleh seorang guru yang didakwa bergurau mengenai rog0I.
Bapanya, Saiful Nizam Ab Wahab berkata, pihaknya menerima tawaran bantuan guaman secara pro bono dan telah melantik seorang peguam untuk menyelesaikan kes tersebut.
“Saya dapat banyak tawaran bantuan guaman secara percuma (pro bono) dan telah berbincang dengan beberapa orang sebelum lantik seorang untuk bantu uruskan kes ini.
“Saya terima banyak bantuan dan tawaran sama ada melalui Twitter, Facebook atau WhatsApp untuk membantu kes Ain ini. Saya berbesar hati atas sokongan dan bantuan ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Pada Rabu, Ain Husniza Saiful yang mendakwa gurauan seorang guru mengenai rog0I memaklumkan menerima surat tuntutan RM1 juta yang difailkan oleh guru terbabit atas dakwaan fiitnah gurauan berkenaan.
Pada 24 April lalu, seorang guru mata pelajaran pendidikan jasmani di sebuah sekolah di Selangor didakwa bergurau keterlaluan kerana seolah-olah seperti menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rog0I.
Dalam pada itu, Saiful Nizam berkata, pihaknya menolak membuat pendanaan awam (crowdfunding) untuk membayar tuntutan tersebut disebabkan tidak perlu dilakukan ketika ini.
“Kami belum membuat apa-apa tindakan lagi sebab benda ini masih lagi bukan tuntutan mahkamah, jadi saya merasakan ia belum perlu lagi.
Sumber : Sinar Harian
0 Comments