Empat individu berpeluang untuk tinggal selama setahun di Mars Dune Alpha, sebuah fasiliti seluas 1,700 kaki persegi dibina menggunakan teknologi percetakan 3D, terletak dalam bangunan Johnson Space Center di Houston.
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan Amerika (NASA) menjalankan inisiatif ini sebagai persiapan untuk menghantar angkasawan ke Marikh pada masa akan datang.
Permohonan sudah dibuka untuk kumpulan sukarelawan berbayar itu bagi melengkapkan misi eksplorasi Marikh yang disimulasikan, lengkap dengan space walk, komunikasi terhad, kekurangan makanan dan sumber serta masalah kelengkapan.
Malah, tiga eksperimen dirancang NASA dan eksperimen pertama akan bermula pada musim luruh tahun hadapan.
Menurut Ketua Saintis, Grace Douglas, beliau mahu mengetahui dan merekod situasi sebenar terhadap individu yang menyertai inisiatif ini.
“Kami ingin memahami bagaimana manusia berfungsi di dalamnya. Kami mahu melihat keadaan sebenar di Marikh,” kata
Tambahnya, NASA menetapkan kelayakan tertentu sebelum dipilih sebagai sukarelawan berbayar itu dengan syarat pemilihan ketat termasuk memiliki ijazah sarjana dalam bidang sains, kejuruteraan atau matematik atau pengalaman sebagai juruterbang.
Permohonan hanyalah dibuka kepada warganegara Amerika Syarikat atau penduduk tetap dan pemohon mestilah berusia antara 30 hingga 55 tahun, mempunyai kesihatan fizikal yang baik tanpa masalah diet dan tidak mempunyai masalah mabuk perjalanan.
Sumber : Era
0 Comments