Ticker

6/recent/ticker-posts

Restoran ini tiba-tiba jadi pilihan netizen kerana panggil pelanggan ‘sayang’

 



Sebuah restoran di wilayah Jawa Tengah menjadi popular dalam kalangan pengunjung kerana mempunyai cara unik untuk menyapa para pelanggannya, iaitu dengan memanggil gelaran ‘sayang’, lapor laman berita Suara.com semalam.

Restoran bernama Rumah Makan Alami Sayang itu dimiliki oleh seorang wanita, Sulastri yang diusahakan bersama suaminya.

“Helo sayang. Mahu minum apa, sayang?” sapa salah seorang pekerja di restoran tersebut kepada pelanggan.



Menurut adik Sulastri, Asih, kakaknya mendapat idea untuk menggunakan sapaan ‘sayang’ kepada pelanggan selepas berkunjung ke Kalimantan bersama suaminya.

“Ketika membeli sayur-sayuran, seorang penjual memanggil kakak saya dengan panggilan ‘sayang’.

“Ini sekali gus memberikan idea kepadanya untuk mengajak suaminya membuka kedai makan dan memanggil para pelanggan dengan panggilan ‘sayang’,” kata Asih.

Ditanya mengenai reaksi daripada pelanggan, Asih berkata, pelbagai respons diterima ketika panggilan tersebut dibuat.



“Ada yang tersenyum, ketawa, malahan ada pasangan pelanggan yang menarik muka masam.

“Kami kemudiannya menjelaskan kepada mereka bahawa semua pelanggan di sini disapa dengan panggilan itu. Bermula daripada kanak-kanak, remaja, lelaki dewasa, wanita sehinggalah warga emas,” jelasnya. 


Sumber : –  Kosmo


Post a Comment

0 Comments