Ticker

6/recent/ticker-posts

Semalam popcorn, hari ini Caprice tayang gambar tupai pula

 


Selepas memuat naik hantaran berupa emoji bertih jagung (popcorn) yang seolah-olah saru gambaran sedang menyaksikan sebuah naratif wayang yang ‘diselongkar’. aktivis kemanusiaan, Carprice hari ini berkongsi satu hantaran terbaharu berupa seekor tupai yang sedang melompat.


Perkongsian pemilik nama sebenar Ariz Ramli itu sekali gus mengundang banyak terjemahan netizen apabila rata-rata mengaitkan gambar haiwan tersebut dengan pepatah Melayu yang berbunyi, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.


Menjengah dalam ruangan komen, perbuatan Caprice turut dilihat mencetuskan rasa kurang senang segelintir netizen yang menyifatkan dirinya sengaja cuba memecaahbelahkan masyarakat.


“Ko (kau) ini penyatu ummah ke pemeecah beIah ummah?” soal seorang pengguna Instagram.


“Jangan memusohi sesama sendirilah. Dndam pun jangan,” kata seorang lagi netizen.



Semalam, Caprice berkongsi satu hantaran status dalam InstaStorynya berupa bertih jagung sehingga menimbulkan tanda tanya ramai.


Untuk informasi, hubungan antara pemuzik itu bersama pendakwah terkenal, Ebit Lew telah mencetuskan perbalahan ekoran satu permasalahan yang timbul berkaitan misi bantuan kemanusiaan ke Gaaza, PaIestin.


Dalam perkembangan lain, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan telah melakukan kerja-kerja penggeIedahan bagi mencari bahan bukti di rumah pendakwah terkenal, Ebit Lew di Setia Alam, semalam.


Pengarah Jabatan Siiasatan Jnayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan pasukan penyiasat daripada Bahagian Siiasatan Jnayah Sekksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) akan membuat kerja-kerja penggeledahan di kediaman Ebit dalam usaha mencari bahan bukti termasuk telefon bimbit miliknya bagi membantu siiasatan.



“Penggeledahan untuk mendapatkan bahan bukti merupakan antara prosedur yang perlu dilakukan pihak polis dalam melengkapkan kertas siasatan.


“Namun begitu, saya tidak dapat pastikan bila pegawai penyiasat kes akan ke rumah beliau (Ebit) sama ada hari ini (semalam) atau esok (hari ini), itu kena tanya mereka sendiri,” ujarnya ringkas sebentar tadi.


Terdahulu, Ebit Lew hari ini hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebagai saksi untuk membantu siasatan kes ganggguan sekksual yang dikaitkan dengannya seperti mana yang viral menerusi video, baru-baru ini. 


Sumber : – K! ONLINE


Post a Comment

0 Comments