Seperti yang kita sedia maklum, desas desus pasangan pengantin popular ini bakal melangsungkan perkahwinan makin bertambah kuat walaupun menghadapi beberapa rintangan. Ramai netizen yang membuat cerita kononnya usahawan muda itu mendekati Datuk Seri Vida kerana hartanya.
Iqbal Zulkefli yang juga bekas pembantu peribadi kepada Vida meluahkan rasa terkilannya menerusi laman sosial meluahkan isu terkait yang melibatkan dirinya dengan usahawanita berjaya terbabit.
Iqbal menjelaskan dia tidak gemar menunjukkan kemewahan, sekaligus menafikan dia berbaik dengan Vida kerana mahu mengikis harta.
“Tak ada masa saya nak jadi anak ikan. Waktu duit saya ada RM50, orang pernah tawar saya RM1juta pun saya tolak.
“Bukan bermaksud terlalu baik tidak punya nafsu, cuma saya ada pendirian. Kenapa perlu bayar? Ingat diri saya boleh dijual beli? Saya tahu kemampuan saya,” tulisnya lagi.
Sumber : Istagram Iqbal via media hiburan
0 Comments