Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya bersumpah atas nama ibu ayah saya, sejak isu Gaza saya dah kenal siapa sebenarnya lelaki ini, kata Ariz Ramli

 


“Wallahi (sumpah) atas nama ibu dan bapa saya, sejak isu Gaza, saya dah kenal siapa sebenarnya lelaki ini.”


Aktivis kemanusiaan, Caprice atau nama lengkapnya, Ariz Ramli, 33, terus melakukan pembongkaran demi pembongkaran melibatkan kebobrokan yang didakwa menjadi perlakuan seorang pendakwah.


Kata pelantun lagu Lenglui itu menerusi InstaStory, dia percaya apa yang berlaku (pendedahan demi pendedahan) sekarang adalah karma buat individu terbabit.


“Sebab itu saya marah dan beremosi. Saya percaya apa yang berlaku sekarang adalah apa yang kita panggil sebagai karma.


“Sejak tiga bulan, hidup saya sangat mencabar. Saya tidak mahu bersikap buruk tetapi saya sangat-sangat gembira sekarang. Bayangkan kalau semua ini tidak berlaku, siapa yang akan percayakan saya? Tiada sesiapa,” getusnya.


Ditebak pertanyaan sekiranya dirinya berada di pihak yang salah, jawab Caprice: “Kita (saya) tak pernah sokong benda salah. Kalau salah, kena tegur.


“Sebelum ini berapa banyak kes artis cuurang dengan bini (isteri) mereka dengan (pendedahan) satu gambar atau video, kalian semua kecam, hentam dan tularkan tapi apabila melibatkan (orang) kes ini, husnuzon (bersangka baik).


“Kalau satu seinci nilai Islam dalam diri orang ini, saya cuma nak dia beritahu Malaysia kebenaran yang kita tak pernah fiitnah dia.


“Sebab kenyataan (apa yang dibongkarkan), kita yang kena kecam teruk dan diuguut buunuh. Kalau dia cakap benda yang benar, then i’m done (tugas saya selesai).”


Dalam tulisannya dalam Instastory, Caprice turut cakna bahawa dalam Islam, memfiitnah itu lebih berdosa dan teruk daripada membuunuh. Katanya, dia sudah penat ke mana-mana dengan pengawal keselamatan disebabkan uguutan buunuh yang diterima sejak meletusnya isu berkenaan.



Dalam pada itu, menerusi satu hantaran status terkini Instagram, Caprice terus memberi kenyataan sarkastik namun penuh pengertian.


Ujarnya, taksub dengan prinsip tidak mengapa namun janganlah sampai bersifat taksub dengan manusia.


“Kalau anda nampak seseorang cuurang dan mempertahankannya dan anda orang Islam, anda bodoh.


“Kalau anda nampak sesuatu salah dan mempertahankan kesalahan yang dilakukan dan anda orang Islam, anda bodoh.


Sumber :  Kosmo! ONLINE

Post a Comment

0 Comments