Menerusi satu perkongsian di Insta Story, selebriti media sosial, King Coco memuat naik paparan skrin ada menerima mesej daripada individu menawarkan perkhidmatan minyak pengasih, pelaris dan memasang susuk.
King Coco atau nama sebenarnya Masyaira Ismail berkata meskipun dia pendosa namun dia tidak akan sesekali melakukan amalan terkutuk itu untuk memikat lelaki.
Sementara itu, dalam beberapa perkongsian lain, King Coco turut berseloroh tidak mahukan lagi suami orang.
Terdahulu, Coco mengesahkan sudah pun bercerai dengan suaminya, Azrin Anas Abdul Shukor. Namun, enggan berkongsi lanjut mengenai tarikh mereka bercerai.
Sumber : ROTIKAYA
0 Comments