Selepas kerajaan memberikan kebenaran rakyat dibenarkan bercuti di Pulau Langkawi , ramai rakyat yang mengambil kesempatan untuk mencari ketenangan selepas hampir setahun tidak dapat bercuti atau keluar untuk berhibur.
Ramai juga pasangan selebriti mengambil kesempatan ini untuk menghabiskan masa bersama keluarga tersayang.
Salah seorang dari selebriti terkenal yang memilih Pulau Langkawi sebagai destinasi percutian adalah Nora Danish. Menerusi perkongsian di instagram, pelakon cantik ini telah selamat sampai ke Pulau Langkawi bersama dengan suami dan anak bongsunya, Ney Ney.
Tidak lokek berkongsikan gambar percutiannya, namun imej sekksi Nora menimbulkan rasa kurang senang netizen yang dilihat agak mencolok mata.
Mungkin banyak kritikan diterima susulan penampilannya itu, Nora dilihat telah menutup ruangan komen foto dikongsikannya itu.
Menjenguk di ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan penampilan selebriti terkenal itu yang dilihat sangat berani dan tidak sesuai sebagai seorang yang beragama Islam.
Mungkin teguran itu dilihat agak kasar namun ianya adalah peringatan kerana sayangkan artis kesayangan ramai dan juga teguran untuk diri sendiri dan orang lain sama.
Sumber : Instagram Nora Danish
0 Comments