Ticker

6/recent/ticker-posts

Cincin berlian kena buang dalam sungai, Hubungan cinta Ismail Izzani dan Shalma Eliana sudah berakhir?

 


Pasti ramai peminat seni hiburan tempatan yang mengetahui penyanyi kacak, Ismail Izzani yang menjalinkan hubungan istimewa dengan pendatang baharu Shalma Eliana. Malah hubungan cinta pasangan merpati dua sejoli ini juga dikatakan telah mendapat restu dari kedua-dua belah pihak keluarga.

Namun, hasrat peminat untuk menyaksikan hubungan cinta pasangan ini sehingga ke jinjang pelamin mungkin tidak kesampaian apabila portal hiburan ohbulan melaporkan Mail dan Shalma sudah putus di tengah jalan.


Mael menerusi temubual dari Melodi pada Ahad lalu mengesahkan berita sedih itu. Tambah penyanyi ini lagi, dia dan Eliana sepakat untuk memilih jalan sendiri namun mereka tetap berkawan.


Ya betul kami dah putus. Saya rasa kami dah pilih jalan sendiri. Saya pun banyak lagi nak explore dan kutip pengalaman..sama juga dengan Yana (panggilan Eliana). Tapi kami masih berkawan.


Saya boleh katakan I did my mistakes and mess-up. Bagi saya, sekarang ini nak fokus pada diri sendiri, keluarga dan orang sekeliling yang bagi good energy.


Untuk rekod, Mael pernah menghadiahkan kekasih hatinya itu sebentuk cincin berlian sebagai tanda janji ‘setia’. Apabila ditanya adakah cincin tersebut dipulangkan kembali, Mael mendedahkan ianya sudah  dibuang ke dalam sungai ketika mereka sama-sama pergi berkhemah.

One thing that happened to ring. Kitorang pergi berkhemah dengan kawan-kawan, masa tengah mandi sungai saya cakap dekat dia, let’s just throw this ring.

Saya masih menyayangi Yana, dia sangat bermakna dalam hidup saya. Dia banyak ajar saya, dia juga ubah diri ini untuk berdiri di posisi yang tidak pernah berada.

Untuk sekarang saya rasa tak! Selagi saya tak bersedia, saya tak akan kembali dekat dia. Saya penat untuk buktikan yang saya worth it. Saya penat untuk buktikan I’m not a mistake. Saya penat dah sakitkan hati sesiapa. Insya-Allah bila saya dah sedia, saya akan sayang dia.

Sumber : Youtube TV9MALAYSIA Official dan OhBulan!

Post a Comment

0 Comments