Ticker

6/recent/ticker-posts

Gardenia disaran tangguh dulu naik harga roti, kata KPDNHEP

 


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyarankan syarikat pengeluar roti jenama terkenal, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. (Gardenia) menangguhkan dahulu hasrat untuk menaikkan harga produknya berkuat kuasa 1 Disember ini.


Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, langkah itu bertujuan mengurangkan bebanan  pengguna yang terus terhimpit dengan situasi peningkatan harga barangan pada masa ini.


“Kelmarin, kita sudah berjumpa dengan pihak Gardenia bagi mendapatkan maklum balas dan justifikasi berhubung pengumuman kenaikan harga roti keluaran syarikat mereka.



“Pihak mereka dijangka memberi maklum balas mengenai saranan penangguhan itu, esok,” katanya kepada pemberita selepas Kempen Keselamatan Pengguna di Stesen Minyak Petronas Kuala Berang, di sini hari ini. 


Baru-baru ini, Gardenia mengumumkan kenaikan harga produknya susulan harga bahan mentah yang mahal termasuk tepung, tepung gandum penuh, lemak sayuran, serbuk koko, susu dan pembungkusan.



Dalam perkembangan lain, Rosol berkata, KPDNHEP mengeluarkan sejumlah 83 notis kepada peniaga sayur-sayuran di seluruh negara pada hari pertama pelaksanaan Op Pasar yang bermula semalam.


Katanya, pemberian notis itu bertujuan untuk mengesan sekiranya wujud sebarang elemen pencatutan bagi barangan seperti sawi, kubis bulat, kacang buncis, brokoli, cili merah, cili hijau dan bunga kubis.


Sumber : -UTUSAN ONLINE

Post a Comment

0 Comments