Ticker

6/recent/ticker-posts

Kami sudah sebulan tak sebumbung, kata Rossalennah Natassyiah Asshaferah

 


Jika semalam viral di media sosial apabila beberapa posting di ig story isteri kepada pelawak terkenal, Rossa yang mendedahkan suaminya itu dikesan netizen tengah dating dan sempat bergambar dengan peminat.


Mungkin sudah lali dengan hal kecurangan suaminya itu, Sera sempat menyindir Shuk dan skandalnya hanya berpura-pura menjadi mangsa sedangkan ramai sudah melihat mereka keluar bersama.


Menerusi laporan dari harian metro, Rossa mendedahkan sudah sebulan tidak tinggal sebumbung dengan suaminya itu dan kini dalam proses untuk failkan perceraian.


Rossa atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah ketika dihubungi berkata, selepas hampir lima tahun berhadapan konflik rumah tangga yang tidak berkesudahan, dia nekad untuk bercerai.


"Saya dalam proses failkan cerai terhadap Shuk. Saya nekad untuk bercerai kerana hampir lima tahun bertahan dengan penderaan emosi ini. Malah, sejak sebulan lalu kami tidak lagi tinggal bersama.


"Pelik kerana perceraian sudah dalam proses, kenapa mereka berdua tidak dapat bertahan seketika dan semakin ligat? Sebagai isteri, pastinya saya mempunyai naluri mengenai kehadiran wanita lain ketika Shuk bekerja di Pulau Pinang.



"Dia suka memanipulasi dan itu membuatkan saya sering memaafkannya. Apabila terbongkar begini, orang di luar sana yang berkongsi dan bertanya kepada saya," katanya kepada Harian Metro.


Rossa berkata, dia tidak peduli apa pendapat atau pandangan orang luar kerana dia yang hadapi semuanya sendiri.


"Apa yang penting kali ini saya tegas dengan keputusan untuk berpisah. Shuk dengan perempuan itu memang banyak kali berpakat. Rasanya cukuplah kesabaran saya sehingga ke tahap ini saja. Tempoh sebulan berjauhan ini memberikan saya ruang untuk berfikir dengan lebih mendalam.


"Keluarga juga tidak menghakimi atau membenci Shuk kerana apa pun keputusan terletak di tangan saya. Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan cepat," katanya.


Terdahulu, Rossa tidak menafikan dakwaan suaminya curang bersama wanita lain di Pulau Pinang apabila diajukan persoalan itu oleh netizen di Instagram.


Rossa menerusi Instagram turut memuat naik mesej peribadi bersama seorang pengguna media sosial yang memaklumkan ternampak Shuk bersama seorang wanita di Pulau Pinang.



Rossa dan Shuk mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2015 di Kampung Ulu Sapi, Beluran Sandakan, Sabah.


Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 36, pernah berdepan kes serupa dengan wanita sama sekitar Julai tahun lalu. Kecurangan Shuk dibongkar sendiri oleh Rossa menerusi platform media sosial.


Shuk juga pernah membuat permohonan maaf secara terbuka kerana berlaku curang serta mendapat kemaafan daripada isterinya tahun lalu.


Pada Januari lalu rumah tangga mereka bergolak lagi selepas Shuk sekali lagi ditangkap curang oleh Rossa.


Namun, hubungan pasangan itu kembali jernih selepas Shuk mengakui kesilapan dirinya selepas didakwa curang dengan seorang wanita.

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments