Ticker

6/recent/ticker-posts

Kanvas lori tercabut sebabkan kemaIangan, polis kesan pemilik 'dashcam'

 


Polis sedang mengesan pemilik perakam video (dashcam) memaparkan kanvas lori tercabut dan melayang ke arah penunggang serta pembonceng motosikal di belakangnya menyebabkan mereka hampir digiIis treler.


Kejadian yang tular di media sosial itu dipercayai berlaku di Kilometer (KM) 33.5 Jalan Puchong berhampiran susur menghala Kajang, dekat Sepang, pada 8 pagi semalam.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari'at berkata, setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan daripada pemandu kenderaan dan mangsa terbabit.



"Kanvas lori yang tercabut itu menyebabkan penglihatan individu berkenaan terhalang dan motosikal ditunggang mereka terIanggar sisi kanan treler di lorong kiri sebelum terjatuh.


"Identiti pemandu, maangsa dan nombor pendaftaran kenderaan berkaitan masih belum dipastikan lagi," katanya dalam kenyataan, hari ini.



Katanya, kes disiasat mengikut Sesyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Video tular berdurasi 45 saat itu antara lain menunjukkan kanvas lori melayang dan 'membalut' badan dua individu yang sedang menaiki motosikal sebelum hilang kawalan dan terIanggar tayar treler bergerak laju.

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments