Ticker

6/recent/ticker-posts

Kepada yang kecewa dan patah hati, saya minta maaf, kata Haqiem Rusli

 


Dengan dua kali lafaz, penyanyi terkenal Haqiem Rusli sah bergelar suami kepada Anis Sofea, 19. Berita yang menggembirakan ini dalam masa yang sama merupakan berita sedih terutamanya kepada peminat wanita diluar sana.


Menerusi laporan dari kosmo! online, Haqiem Rusli yang mengakui akan hal tersebut tampil memberitahu luahan rasa kecewa yang dirasai segelintir peminatnya ialah perkara normal yang harus dihadapinya sebagai seorang selebriti.


“Daripada apa yang saya baca, saya boleh rumuskan 80 peratus daripada jumlah peminat tidak rasa kecewa, manakala hanya 20 peratus sahaja yang patah hati tetapi sebenarnya mereka sangat matang.


“Buktinya kelab peminat saya Qiemillio mengadakan doa selamat secara virtual sempena majlis perkahwinan saya. Itu sekali gus membuktikan mereka matang walaupun patah hati. Apa pun saya minta maaf jika ada yang kecewa selepas bertukar status sebagai suami orang,” katanya selepas majlis resepsi yang berlangsung di SkyGlass,  Cyberjaya semalam.


Haqiem juga mahu peminat menerima berita perkahwinannya dengan hati yang terbuka.


“Sudah lumrah manusia, semua punya naluri nak hidup berpasangan, begitu juga saya.


“Mereka (peminat) juga akan berkahwin, jangan risau nanti saya pula yang hadir pada majlis mereka,” seloroh pelantun lagu Jatuh Bangun itu.



Sempat menitipkan ucapan, penyanyi kelahiran Hulu Langat itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan kebahagiaan bersama isteri.


“Terima kasih tidak terhingga kepada semua atas doa yang diberikan untuk kami.


“Semoga setiap doa kalian membuatkan rumah tangga yang baru dibina ini sentiasa dirahmati Allah SWT,” katanya lagi.

Kredit– K! ONLINE

Post a Comment

0 Comments