Sejak dua menjak ni, kalau seminggu tidak keluar berita tentang usahawan kontroversi Ahmad Iqbal boleh dikatakan tidak lengkap hidup.
Ada saja kontroversi yang ditimbulkan Iqbal sehingga ramai netizen yang mengecam beliau. Baru-baru ini ada individu yang menyunting wajahnya dengan tubuh lelaki lain yang hanya berseluar dalam disifatkan sangat melampau.
Walaupun Iqbal kini memilih untuk bertenang, namun ada sahaja netizen yang kurang senang dengan usahawan sensasi, Ahmad Iqbal sehingga ada yang menyunting wajahnya menjadi anjing dan babi.
Mungkin kecewa dengan kecaman diterima tidak henti-henti, Iqbal berkata dia merasakan sudah tidak sesuai lagi untuk menetap di Malaysia.
Terbaru, menerusi satu perkongsian di Insta Story semalam, Iqbal memuat naik fotonya berada di lapangan terbang. Timbul tanda tanya adakah usahawan itu bakal tinggal di luar negara.
Tidak dinyatakan destinasi dituju, Iqbal berkata mungkin dia akan tinggal lama di sana atau akan membeli rumah di negara tersebut.
Saya belum sampai ke destinasi (negara) yang sepatutnya saya jejak kerana ada sedikit perkara perlu kemaskan untuk bertempat di sana.
“Negara apa, saya rahsiakan selagi belum tiba di sana. Jadi sementara itu, semalam saya pergi ke tempat lain yang berdekatan terlebih dahulu untuk bersantai.
“Sekarang saya tiba di Kuala Lumpur dan bergegas uruskan banyak perkara. Kali ini saya bawa 5 bagasi besar (berat lebih 100KG), tidak pasti berapa lama saya di negara tersebut.
“Mungkin hanya dua minggu. Mungkin 3 bulan atau lebih lama, saya ikut gerak hati. Sambil itu saya terfikir untuk membeli rumah di sana,” tulisnya.
Sumber : Rotikaya
0 Comments