Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya bukan nak tunjuk kaya, tapi...kata Black Hanifah

 


"Bila berkongsi bukanlah bermakna saya nak menunjuk yang saya ada banyak aset," kata penyanyi Black Hanifah, 33, berkaitan hantaran videonya yang masuk ke rumah baharu menerusi perkongsian di Instagram.

Menurut Black, sebaliknya apa yang perlu dilihat oleh netizen ialah dari sudut yang lain iaitu dia boleh mengaji dengan baik.

"Dalam masa yang sama, kita kena jelaskan mengaji untuk apa. Contohnya, bila masuk rumah baharu kenalah mengaji.


"Itu satu contoh untuk orang lain yang nak masuk rumah baharu agar ikut cara ini. Kalau nak menunjuk, dari awal beli dan dapat kunci saya dah buat.


"Rumah terbabit dah dibeli sejak tiga tahun lalu tapi, tidak diduduki kerana saya tinggal di rumah lain," katanya kepada Harian Metro.



Menerusi video terbabit, Black tampil membacakan ayat Kursi bagi mengikut saranan ustaz sekiranya masuk ke rumah baharu.


Black berkata, rumah lot tepi yang terletak di sebuah kawasan perumahan di Selangor ini hanya digunakan untuk meletakkan kereta dan motosikal miliknya.


"Mulanya memang kami ingat nak duduk di rumah itu, tapi tak jadi. Cuma baru-baru ini, saya dan isteri, Naquia Yasirah Mohd Khairi pergi cuci rumah.


"Kami rancang nak beli perabut dan siapkan rumah ini sedikit demi sedikit. Duduk atau tak itu biarlah dulu, tapi kami nak siapkan sampai sempurna dan setiap hujung minggu akan tinggal di rumah ini.



"Ibaratnya ini rumah persinggahan untuk kami sekeluarga. Saya tak nak jadikan rumah sewa dari awal lagi kerana takut rumah ini rosak," katanya.


Menurut Black lagi, apa yang dilakukannyq juga sebagai persediaan masa depan anak-anak.


"Apa yang saya buat ini memang untuk masa depan mereka dalam 10 tahun akan datang. Sesiapa yang dah kahwin pun pasti akan berfikiran serupa.


"Kita pun tak tahu apa akan berlaku dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu sekarang," katanya.


Black mengakui bersyukur kerana dalam masa sama, dapat membina tiga chalet untuk disewa di kampungnya di Kupang, Baling serta banglo mini untuk ayahnya.


"Sebiji chalet dah ada orang sewa secara tahunan selama setahun. Malah, ayah saya yang bantu uruskan semuanya di sana.


"Ada lagi tanah suku ekar milik saya dan bercadang nak bina empat buah rumah sewa untuk sumber pendapatan masa depan.


'Sebagai selebriti, kena bijak ambil ruang dan peluang serta buatlah sebanyak mungkin amal ibadat dan juga harta benda untuk anak-anak," katanya.


Black mendirikan rumah tangga dengan Naquia Yasirah atau Cira pada 2013 dan kini dikurniakan sepasang anak iaitu Khaleef Dayyan dan Rindu Dayyana.


Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments