Ticker

6/recent/ticker-posts

Wanita ini salahkan lelaki selepas viral video isteri kantoi curang dengan lelaki lain depan mata suaminya sendiri

 


Kisah kecurangan pasangan suami isteri sering kali kita dengar dan baca di media sosial sebelum ini, malah kejadian seperti ini seolah-olah semakin menjadi-jadi ketika ini.


Terbaru, satu video tular di aplikasi TikTok memaparkan seorang lelaki hilang kata-kata selepas mendakwa ternampak isterinya bersama seorang individu lain di rumah mereka dipercayai di Jalan Bukit Katil, Melaka baru-baru ini.


Seorang pengguna TikTok, @deejayfaz_official3 yang memuat naik video tersebut memaparkan lelaki tersebut mendakwa dia tertinggal barang dan berpatah semula ke rumah sebelum ternampak kejadian yang tidak diingini itu.



Rakaman berdurasi 44 saat itu turut kedengaran suaranya tercungap-cungap menahan marah ketika berada di luar pagar rumah selain bertanya kepada isterinya jika wanita berkenaan melakukan hubungan mesra dengan orang lain.


“Saya tertinggal barang, saya patah balik. Macam ya tuhanku! Saya cari duit bang, macam ni dia balas. Pukul 3, 4 pagi baru saya tidur,” luahnya dipercayai kepada seorang lagi individu lain.


Kejadian berkenaan mendapat pelbagai reaksi orang ramai, rata-rata mengutuk kejadian tersebut dan menjelaskan agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya.



“Kesihan abang ni, keluar rumah semata-mata cari rezeki untuk keluarga, tapi bini dia buat benda terkutuk ni. Hukum Islam wajib direjam, geram pula aku tengok,” jelas Nik Furss.


“Cubaan abang ni dapat tersangat besar, sabar banyak-banyak, tuhan nak ganti dengan yang lagi elok. Harap pihak berkuasa beri hukuman setimpal,” kata Muhammad Saifullah. 


Sumber – K! ONLINE.

Post a Comment

0 Comments