Siapa saja yang tidak kenal dengan pelakon cantik dan juga model antarabangsa, Nora Danish. Dia seorang selebriti yang gemar berkongsikan aktivitinya di media sosial untuk tatapan peminatnya.
Dia yang kini sedang bercuti di Langkawi sempena menyambut hari lahir suaminya yang tercinta telah memuat naik beberapa keping gambar dia sedang seronok bermain buih dengan suaminya itu.
Seperti yang dijangka, perkongsian terbarunya itu telah menarik perhatian netizen. Rata-rata netizen mengecam tindakan Nora Danish dan menasihatkannya agar lebih menjaga aurat.
Perkongsian itu yang kini telah mendapat lebih dari 1k like dan hampir 200 komen walau baru dikongsi tidak sampai setengah jam.
Ramai netizen yang kecewa dengan Nora yang sekarang ini dilihat sengaja mencipta kontroversi dengan memuat naik gambarnya yang dilihat agak mencolok mata.
"mandi buih ngan laki pun gigih ambk gbq,nk tunjuk kt nitijen..nora2💆♀", komen netizen.
Tambah lagi netizen yang lain, Cukup2 la tu nora umur makin meningkat..jgn ikut budaya barat tu..kita org melayu islam...bukan ikut cara org yg xde tamadun tu...kesian ank2 nanti..
Sumber : Fb Nora Danish
0 Comments