Ticker

6/recent/ticker-posts

DaddyCap nak masuk parlimen, nak ubah macam-macam permasalahan di Malaysia

 


“SIBUK dengan keluarga sekarang. Tanggungjawab sekarang dah lain sebab saya ada anak, dia berusia lima tahun.

“Banyak beza sebab dah ada isteri tetapi saya sangat suka dengan transisi kehidupan saya sekarang,” kata Caprice yang kini ingin dikenali dengan nama pentas baharu, Daddycap.


Tidak mahu lagi disapa dengan gelaran nama Caprice, lelaki berusia 33 tahun itu berkata, dia sedang dalam fasa menyesuaikan diri.


Pendek kata, masih dalam fasa untuk cuba ‘bergaul mesra’ dengan status sebagai seorang suami dan juga ayah.


“Saya dah kenal Elis (isteri) kurang setahun. Jadi, kami memang sudah ada keserasian. Tanggungjawab memang lagi besar, saya kena pastikan isteri dan anak okey.


“Saya perlu memastikan anak membesar menjadi manusia yang berguna. Saya bukan hanya fikir tentang diri sendiri tapi pasal dua orang lain yang amat bermakna dalam hidup. Saya sedang menyesuaikan diri dengan benda-benda baharu tersebut,” tuturnya yang mesra dibahasakan sebagai Cap.


Diajak berbicara tentang bibit-bibit perkenalan dengan permaisuri hatinya, Elis, Cap memaklumkan, mereka berkenalan melalui Instagram dan ternyata jodoh itu adalah rahsia Allah yang paling misteri.



Melanjutkan bicara, Cap mendedahkan, sebelum bergelar suami kepada Elis, dia berdepan insiden yang membuatkan dirinya kian meluat dengan golongan agama yang bertopengkan naafsu demi kepentingan diri sendiri.


“Waktu itu, kami memang rancang nak kahwin dah. (Semasa persiapan itu) Elis ada beritahu saya, seorang kakitangan jabatan agama melakukan perkara tidak senonoh.


“Kakitangan itu ‘kacau’ Elis, tanya macam-macam soalan yang tidak sepatutnya menerusi WhatsApp secara peribadi.


“Kalau dia tahu bakal suami wanita yang diganggunya adalah saya, dia takkan buat semua itu. Saya cakap dengan Elis, saya nak pergi gegar pejabat dia. Tarik dia keluar, lempang dan bogelkan dia. Pasang kamera, biar dia tahu langit itu tinggi atau rendah,” dedahnya.


Getus Cap, dia sudah lelah dengan budaya pemikiran masyarakat bahawa orang agama bebas daripada melakukan sebarang dosa.


“Mereka rasa selamat dan ada lesen nak buat semua perkara. Mungkin Elis bukan mangsa pertama.


“Nasib baik Elis tenangkan saya. Kalau tak, perang baharu akan meletus. Dah satu negara akan benci saya,” katanya.


Dalam ‘keghairahan’ melakukan banyak kerja termasuk aktiviti kemanusiaan, bidang seni, memberi motivasi kepada masyarakat termasuk yang muda-mudi, Cap memaklumkan, dia sememangnya memasang impian untuk menjadi seorang ahli politik suatu hari nanti.


“Ya, insya-Allah tapi bukan sekarang. Mungkin 2030. Apa yang kita lalui selama ini terutamanya berkenaan permasalahan korupsi, misi kemanusiaan di Gaaza, PaIestin dan sebagainya, saya dah lihat banyak perkara tak munasabah.


“Kalau saya berhenti sekarang, memang tidak akan pergi ke mana-mana. Kalau saya ada peluang masuk Parlimen Malaysia, bentang isu macam-macam, insya-Allah apa yang dibentangkan akan beri kesan kepada orang ramai terutama yang muda.


“Sejujurnya, saya buat semua ini untuk generasi muda negara ini. Untuk waris kita yang akan datang.



“Saya ada anak usia lima tahun dan saya nak pastikan dia membesar di tanah Malaysia yang lebih baik.


“Cara terbaik untuk menggerakkan negara ke hadapan adalah dengan melibatkan diri dalam politik, masuk Parlimen dan mula buat perubahan di dalamnya,” katanya.


Pada hematnya, adalah menjadi satu kerugian buat negara andai terus membiarkan orang-orang yang tidak layak duduk di Parlimen.


Hal ini kerana, apa yang mereka buat hanyalah berpolitik dan fikir tentang periuk nasi sendiri.


“Tengok Indonesia yang sekarang dah jadi antara kuasa ekonomi terbesar dunia.


“Mereka letak orang muda iaitu pengasas Gojek, Nadiem Makarim sebagai Menteri Pendidikan. Ada juga situasi menarik lain berlaku di sana.


“Dah sampai masa Malaysia ‘pasang’ orang dalam Parlimen yang mempunyai visi untuk rakyat.


“Orang yang kononnya paling mulia, pakai baju cantik-cantik tapi masih buat tahi sini sana, di mana logik semua itu,”

Sumber : Kosmo Online

Post a Comment

0 Comments