Seorang bekas bintang realiti televisyen mampu menjana pendapatan sampingan yang menguntungkan dengan menjual kentutnya yang dikumpul di dalam balang, lapor akhbar Metro UK semalam.
Stephanie Matto, yang membintangi rancangan 90 Day Fiance memperoleh hampir AS$50,000 (RM213,016) dalam masa seminggu dengan menjual kentutnya sendiri yang dimasukkan ke dalam balang bersama beberapa kelopak bunga ros dan nota peribadi.
Wanita itu menyasarkan sejumlah 260,000 pengikutnya sebagai pelanggan untuk menjual produknya pada harga AS$1,000 (RM4,237) sebalang, dan membuat promosi 50 peratus baru-baru ini.
Matto mula dikenali selepas menyertai rancangan yang memaparkan sama ada dua pasangan akan berkahwin atau tidak setelah tiga bulan menghabiskan waktu bersama.
Walaupun tidak berjaya mendapat pasangan dalam rancangan itu, populariti yang diterimanya berjaya meraih perhatian peminat untut membeli balang kentutnya.
Menurut Matto, dia memakan banyak protein, yogurt, telur rebus dan kacang untuk menghasilkan kentutnya.
“Beberapa tahun lalu, saya mendapat permintaan untuk menjual coli, seluar dalam, rambut dan air mandian.
“Saya berpendapat bahawa menjual kentut adalah cabang perniagaan yang hebat, menyeronokkan, unik dan berbeza,” jelasnya.
Matto setakat ini telah menjual 97 buah balang. – Agensi
0 Comments