Ticker

6/recent/ticker-posts

Macam tiada menteri, tiada Perdana Menteri, tiada kerajaan, kata Guan Eng

 


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng merayu kepada Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan prestasi dalam menangani bencana banjir dan membantu mngsa banjir. 


Katanya, ini kerana prestasi kerajaan dalam menangani bencana ketika ini dilihat amat lemah dan layu. 


“Ketika ini lebih 41,000 mngsa banjir dilaporkan dan kemungkinan situasi banjir akan bertambah buruk di beberapa tempat. 


“Saya merayu kepada Kerajaan Persekutuan untuk tingkatkan prestasi mereka yang amat lemah dan layu dalam menangani bencana banjir dan membantu mngsa-maangsa.

“Macam tiada Menteri, tiada Perdana Menteri, tiada kerajaan!,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 


Dalam pada itu, ahli Parlimen Bagan itu berkata, pihaknya turut menghargai mereka yang menderma 6,000 bakul makanan yang kini sudah mula diagihkan kepada mangsa banjir. 


“Kerja pembersihan oleh pasukan daripada DAP Jelutong, Pulau Pinang dengan ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer; Ahli Dewan Negeri (ADUN) Batu Lanchang, Ong Ah Teong dan ADUN Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin turut bersama menguruskan bekalan bantuan hasil daripada derma orang ramai di Selangor. 



“Orang awam boleh menderma kepada akaun bank DAP Selangor Public Bank  3169752925. 


“Sekarang tumpuan juga turut diberikan kepada bencana banjir di Pahang yang juga teruk,” jelasnya. 

Sumber : Utusan Online

Post a Comment

0 Comments