Ticker

6/recent/ticker-posts

Masjid mana ni,dah boleh rapatkan saf ke? polis tangkap mereka!, sindir Rita Rudaini

 


Pelakon sensasi Rita Rudaini menerusi hantaran terbaharunya dalam InstaStory menempelak secara sinis orang awam yang dilihat bersesak-sesak ketika berada di sebuah pusat peranginan terkenal tanah air.


Rita, 45, berkongsi suasana meriah di tempat peranginan popular tersebut yang tidak mengamalkan penjarakan sosial dengan membandingkan jumlah jemaah di masjid apabila kerajaan masih tidak membenarkan saf antara jemaah dirapatkan.


“Masjid mana ni? (sindiran). Dah boleh rapatkan saf dah? Bagus,” ujar Rita.


Pada masa sama, pelakon filem Mami Jarum itu turut mempersoalkan ‘jenis’ vaksiin yang diambil oleh pengunjung di pusat peranginan tersebut sehingga membuatkan mereka kebaI dan tidak takuut bersesak-sesak tanpa penjaarakan sosial.



“Entah apalah yang mereka boh (masukkan) dalam badan tu. Baik kamu kunyah sahaja (makan vaksiin),” jelasnya.


Gara-gara situasi ‘sesak’ di pusat peranginan tersebut, Rita juga secara sinis meminta pihak polis agar menangkap pengunjung yang didakwa telah meIanggar prosedur operasi standard (SOP) sebagaimana ketetapan Majlis Keselamatan Negara (MKN).


“Polis mana, polis? Mereka semua meIanggar SOP. Tolong polis tangkap mereka naik lori. Tangkap mereka macam tangkap orang masjid,” sindir Rita.


Dalam hantaran berbeza, pelakon itu secara sinikal menasihati orang ramai supaya tidak lupa untuk mengambil suntiikan dos penggalak vaksiin supaya membolehkan mereka datang lagi ke pusat peranginan tersebut pada masa akan datang.


“Nanti balik dari ‘istana bunian’ (pusat peranginan) jangan lupa pergi cuucuk booster (dos penggaIak). Nanti tak boleh dapat lagi keseronokan seperti ini. Rugi,” katanya.



Bahkan, Rita turut menggesa orang ramai untuk mendapatkan suntikan dos penggalak sebagai ‘ikhtiar’ untuk mengelak daripada dijangkiiti C0vid-19.


“Ikhtiar katanya. Jadi apa lagi? Booster itu 100 kali ikhtiar. Jangan lupa temu janji kamu semua,” kata Rita.


Sekadar info, baru-baru ini kerajaan Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan bahawa status vaksinasi individu yang sebelum ini telah menerima dos lengkap vaksin Sinovac serta mereka yang berusia 60 tahun ke atas akan ditukarkan menjadi tidak lengkap sekiranya tidak mendapakan suntikan dos penggalak selepas Februari tahun depan.


Selepas status tersebut ditukar menjadi tidak lengkap, individu berkenaan adalah tidak layak untuk menerima kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada penerima dos lengkap vaksiin C0vid-19. 


Sumber : Kosmo! Online

Post a Comment

0 Comments