Ticker

6/recent/ticker-posts

Nyawa rakyat lagi penting dari isu kasut tumit tinggi, kata Rina Harun

 


Datuk Seri Rina Mohd. Harun menegaskan bahawa nyawa maangsa-maangsa banjir lebih penting berbanding isu kasut tumit tinggi yang dipakainya ketika hadir mengadakan tinjauan dan menyerahkan bantuan sehingga menjadi bualan warganet.


Menurutnya, apa yang berlegar di fikirannya ketika itu hanya mengenai keselamatan maangsa banjir.


Katanya, dia tidak terfikir untuk menukar kasut dan hanya sempat menukar baju sebelum ke lokasi kejadian.


“Ketika itu (19 Disember) adalah Hari Perhimpunan Agung Bersatu dan saya selaku Ketua Srikandi turut hadir pada perhimpunan tersebut. Ketua perhimpunan saya mendapat banyak pesanan banyak kawasan yang dilanda banjir, ketika itu fikiran saya terjejas dan tidak senang duduk memikirkan masalah tersebut. Jadi saya mohon izin dengan Presiden selepas habis ucapan untuk keluar dan bergegas meninjau situasi maangsa-maangsa banjir,” katanya seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia.



Rina berkata, netizen seharusnya melihat keberadaannya di lokasi bagi menyalurkan bantuan dan bukannya kasut yang digunakannya.


“Tak sangka kasut saya adalah lebih penting untuk difikirkan daripada saya berada di sana, saya minta maaf, saya berlari dari perhimpunan semata-mata ingin ke sana dan hanya sempat tukar baju serta seluar. Saya berjanji akan memperbaiki kelemahan yang ada pada diri,” tegasnya.


Dalam perkembangan sama, Rina turut menjelaskan isu gambar dirinya dalam satu poster bagi majlis sumbangan banjir Keluarga Malaysia yang dipercayai di sebuah hotel.


Ahli Parlimen Titiwangsa itu menjelaskan, dia tiada kaitan langsung dengan majlis yang dinyatakan tersebut dan kehadirannya ke hotel berkenaan semata-mata untuk menerima sumbangan makanan dan kewangan dari syarikat swasta untuk maangsa-maangsa banjir.



“Program yang sebenar adalah saya menerima bantuan makanan 1,000 bungkusan yang dimasak di hotel tersebut untuk diagihkan kepada maangsa-maangsa banjir serta sumbangan kewangan sebanyak RM150,000.


“Adakah saya salah kalau saya hadir ke program tersebut untuk menerima bantuan dan menyalurkan kepada maangsa-maangsa banjir,” soalnya.


Sumber : mStar Online

Post a Comment

0 Comments